Pages

April 03, 2015

Tele Jumaat : Ini Jalan Kita




credit : BERNAMA

credit : TVAlhijrah

*****

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (^.^)

Drama Ini Jalan Kita ini telah pun ditayangkan pada 27.03.15 (Jumaat) yang lalu. Ramai yang memberi komen positif berdasarkan apa yang telah aku baca di facebook TV Al-Hijrah.

Tengok promo dia pun dah tahu memang best. Tahniah Suhan Movies sebab berjaya buat drama seperti ini. Moga yang berlakon dan yang menonton mendapat input daripada isi yang disampaikan.

Diharapkan TV Al-Hijrah akan mengulang siar drama ini kembali sebab aku tak dapat tengok sampai habis haritu. Nak buat macam mana, dah tengah syok menonton, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya bersama guruh yang berdentam-dentum. Haha. Saja buat ayat cerpen kejap. :)

Dan, lagu tema untuk drama ni pun sangatlah best. Jom layan sama-sama.

Moga akan diperbanyakkan lagi drama seperti ini yang dekat dengan jiwa penonton. Dalam senyum ada pengajarannya.


Raqib Majid - Kembali

Telah lama ku tersasar
Teralpa di dalam sedar
Nyaris tenggelam diriku
Di arus mimpi yang palsu

Tidak terhitung nikmat-Mu
Kau pinjam kepadaku
Kiranya semua itu
Ujian-Mu buatku

Sebelum buta
Mata dan hatiku ini
Dengan kesedaran diri
Ingin segera kembali

Terimalah daku
Tuhanku yang penyayang
Kiranya ini sujud terakhir

Ku pulang mengabdi diri

8 comments:

  1. Kat mana boleh tengok agak-agaknya cerita ni kalau kita dekat oversea ni?

    ReplyDelete
  2. bagus la.. walaupun ada yg tak berkenan dengan cara tu, tapi maybe dgn cara ini, ada yg tersangkut dgn mesej yg dibawa.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pulak nampak iklan dia kat kaca TV. Hurmm

    ReplyDelete
  4. Tgk astro ada ulangan tak nanti..sebab tak tgk pun hari tu..

    ReplyDelete
  5. tak sempat kak wana tengok..

    ReplyDelete