Pages

February 28, 2015

Babak Paling Kelakar dalam drama Teman Lelaki Upahan

Greetings to all (^.^)

Entry ini ditujukan kepada siapa-siapa yang layan drama Teman Lelaki Upahan. Haha. Sebenarnya, banyak je babak/scene kelakar dalam drama ni. Tapi, aku rasa babak paling kelakar time EL dengan Adam throwback balik macam mana EL kena penampar dengan Kyra.

Tiap kali scene EL dengan Adam mesti kelakar. Tak sangka Ungku Ismail yang jarang aku tengok jadi hero dalam drama melayu ni berjaya membawakan watak Ezwan Lutfi. Selalu tengok dia lakon jadi jahat dengan tak berapa nak jahat je. Kali ni bawak watak happy memang menjadi. Dan UIA ni aku nampak macam dah kurus pulak. Maybe sebab nak nampak lagi smart kot.

Watak Adam yang dibawakan oleh Aloy pun menjadi walaupun drama TLU merupakan drama lakonan pertama beliau. Aku mula kenal Aloy ni sebab dia ni penulis buku. Pastu dia ada lakon dalam filem CEO. Ala, yang scene mamat nak jual kasut kat Remy tu. Siapa yang pernah tengok boleh la throwback. Hoho.

 Kira cerita ni tak berapa nak cliche la kot sebab jarang ada hero yang happy go lucky macam EL. Pastu watak EL dalam drama ni macam kita boleh jumpa di alam nyata. Bukan semata-mata watak dalam drama. Tipu la kalau korang takde member gila-gila macam EL ni. Haha.

Nak tengok scene yang lain? Try tengok kat SINI.

Scene EL dengan Adam

Scene EL kena tampar dengan Kyra

February 24, 2015

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Greetings to all (^.^)

Akhirnya, lagu ini muncul jua dengan muzik video dan versi studionya. Lagu ini pernah dimainkan di dalam drama Istikharah Cinta. Ia baru sahaja di-release pada 15 Februari yang lalu. So, masih fresh lagi la kan. Sebelum ni memang kalau cari yang versi studio ni memang tak jumpa.

Aku terjumpa official MV ni pun selepas berjalan-jalan di youtube sambil mendengar lagu baru Ippo Hafiz - Rahsia yang akan selalu korang dengar bila menonton drama Teman Lelaki Upahan. Sebab lagu tu OST untuk drama tu. :)

Okay, aku dah tertengok/terlayan TLU sebab watak El dengan Adam kelakar. Kepada yang tak tahu, pengarah TLU dengan KTAR adalah orang yang sama iaitu Azma Aizal Yusoff. So, lagu-lagu dalam drama ni aku dah boleh agak dah. Dan, memang aku layan semua. Haha.

Bagi aku lagu Hujan Sepi ni best sebab apa-apa yang ada berkaitan dengan perkataan "hujan" memang aku suka. Pastu AG Coco pulak selaku producer untuk lagu ni. Pastu lagu ini juga merupakan OST untuk drama berjudul Qaseh Tanpa Suara (coming soon). Dan, MV Hujan Sepi ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof iaitu pengarah drama KTAR dan TLU. Okay, dah.

Jom layan lagu Hujan Sepi. (^.^)

Ost Qaseh Tanpa Suara - Coming Soon 
Official Music Video Hujan Sepi - Ippo Hafiz
Producer - AG Coco
Music Video Produced by Archipelago Music
Directed by Azma Aizal Yusoof

Instagram - http://instagram.com/ippohafiz/
facebook - https://www.facebook.com/ippo.hafiz

Distribute - FMC Music
©2015 Kamarseni Studio / Archipelago Music

Hujan Sepi - Ippo Hafiz

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku, kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini

February 15, 2015

Ajarkan Aku : Amir Jahari feat. Aziz Harun

Greetings to all (^.^)

Okay, entry lagu lagi. Haha. Biasalah, life aku boring kot. So, sembang lagu lagi best.

Lagu Ajarkan Aku yang dinyanyikan oleh Amir Jahari dan Aziz harun ni dah agak lama dah sebenarnya. Okay, mohon jangan komen tak pernah dengar kat radio sebab memang lagu ni aku pun tak pernah dengar kat radio. Haha.

Mula-mula aku dengar lagu ni pun kat cerita Abang Zen dengan Indah. Ala, drama Kerana Terpaksa Aku Relakan tu. Haha. Aku terlayan drama tu sebab OST dia best-best. Ada Nastia BandFynn Jamal, dan Amir Jahari. Kesemuanya aku suka. :)

Tetiba nak up entry ni sebab pagi tadi time tunggu nasi lemak bungkus kat kedai tu siap, saja scroll lagu-lagu dalam phone. Pastu ternampak lagu ni dan "Eh, baru perasan Aziz Harun yang nyanyi dengan Amir Jahari dalam lagu ni. Hoho." Maklum la, banyak sangat lagu dalam phone. Lulz.

Kepada yang tak kenal lagi siapa Aziz Harun, dia adalah seorang artis youtube yang berasal dari Brunei. Bukan Malaysia, Singapura atau Indonesia. Sekarang ni dia sedang popular dengan lagu yang bertajuk Senyum. Dia juga adalah seorang artis dibawah naungan Faithful Music dan Warner Music Malaysia.

+++++


Okay, sembang pasal lagu pulak. Aku suka lagu Ajarkan Aku sebab lirik dia. Macam biasa, lirik yang ditulis oleh Amir Jahari pasti ada maksud tersurat dan tersiratnya yang tersendiri. Tak percaya? Try dengar lagu Aku Juga Manusia. Pun lirik dia best.

Apa yang aku faham, lirik lagu ini berkisar tentang seorang manusia yang kerdil disisi Tuhan dan kepada Tuhan juga dia meminta segala. Namun, manusia itu masih mencari apa maksud sebenar cinta dan sayang. Lalu memohon kepada Tuhan agar diberi peluang untuk berubah.

Kita belum cukup faham erti cinta sebenar andai cinta kita pada dunia lebih banyak daripada cinta akhirat. Tak salah cinta dunia tapi faham dulu erti cinta dunia yang sepatutnya. Dunia ditangan, akhirat dihati. Okay, untuk peringatan aku sendiri.

Kita belum cukup faham erti sayang kalau kita lagi sayang nak tinggal apa yang kita tengah hadap sekarang daripada seruan lima waktu sembahyang. (T.T) Ini semua tuju pada diri aku sendiri.

Lebih kurang macam tu la apa yang aku faham dari sudut pandangan aku. Korang aku tak tahu. Tapi, sekurang-kurangnya fahami lirik. Jangan terus hanyut atau lalai dengan lirik. Ambil apa yang boleh ambil dan mana yang macam lagho tu, elak-elak la sikit. Huhu. Okay, dah zohor, chow dulu. :')


 Ajarkan Aku

Aku hanya manusia biasa
Aku hanya manusia yang hina
Bukan aku yang mengubah semua
Ternyata Kau memegang segalanya

Dia yang Maha Kuasa
Dia umpama segala-galanya
Masih aku tidak mengerti
Apa itu dunia sejati

Chorus:
Ajarkan aku apa erti cinta
Ajarkan aku apa erti sayang
Bukakan hatiku yang penuh debu
Bersihkan semua yang aku rasa

Bukakan hatiku yang penuh debu
Bersihkan semua yang aku rasa

February 11, 2015

TROLL : Senarai Novel Melayu Yang Dijangka Meletop dan Bestsellers Pada 2015

Greetings to all (^.^)

Tetiba ter-stalk facebook Pencuri Movie sebab niat dihati nak tengok balik Final MLM 2014. Terjumpa pulak "senarai novel-novel melayu yang dijangka meletup dan bestsellers pada 2015" macam kat bawah ni. Kahkahkah. Sumpah kelakar.

Kalau nak lagi kelakar, baca komen-komen mereka yang suka komen kat --> Pencuri Movie. Ada je idea dorang ni. Haha.

Bagi aku, terpulang la kat korang nak baca ke tidak. Kalau tak kisah dengan benda cliche boleh teruskan minat membaca korang. Kalau nak lain sikit, layanlah buku alternatif/indie. Melambak dah jual kat pasaran. Nak lagi bagus, baca buku-buku yang ada ilmu untuk kehidupan.

Masing-masing dah besar. Masing-masing dah boleh fikir. Benda ni melawak saja. Kadang tu ada jugak yang jenis lurus kehadapan sampai tak faham troll tu apa benda. Nasiblah. ;)

Paling kelakar yang tajuk nombor empat tu. Jenuh kalau nak meng-akronim-kan dia. SKBSAKTBAKJKPA. Lulz.

senarai novel-novel melayu yang dijangka meletup dan bestsellers pada 2015

February 10, 2015

Knock Knock...Assalamualaikum...Senyum...Rasa Sayang

Knock Knock...Assalamualaikum...Senyum...Rasa Sayang (^.^)

Lately ni kalau sesiapa yang selalu dengar radio mesti empat buah lagu ni akan dimainkan oleh DJ Radio kan. Lepastu keempat-empat lagu ni pun best-best kan. Haha. Aku la yang kata best. Orang lain aku tak tahu.

Aku rasa ini adalah salah satu strategi yang menjadi dan terbaik daripada Faithful Music yang dimiliki oleh Faizal Tahir dalam melancarkan lagu baru secara berjemaah. Kenapa berjemaah? Sebab jarak sesebuah lagu yang dikeluarkan oleh Faithful Music tak jauh beza. Sekali semua lagu keluar, orang pun suka dengar.

Kepada yang masih belum kenal Aziz Harun, Hanie Soraya dan Elizabeth Tan, dorang ni merupakan artis youtube lah kiranya. Suka cover lagu orang pastu upload kat youtube channel masing-masing. Kemudian dilamar oleh Faizal Tahir jadi anak didik dia. Nasib baik FT tak ambik budak-budak rancangan realiti TV. Haha. Kalau dah namanya peminat FT sejak OIAM lagi, memang apa-apa yang berkaitan dengan FT mestilah diketahui.

So, jom layan lagu dan video muzik lagu Assalamualaikum, Senyum dan Rasa Sayang. Knock knock je yang takde MV lagi. :')

assalamualaikum - faizal tahir

Faizal Tahir - Assalamualaikum MV

senyum - aziz harun

Aziz Harun - Senyum (MV)
Written & Produced by: Faizal Tahir & Mike Chan
Director: Rihat Laziaf
Aziz Harun is an artiste under Faithful Music & Warner Music Malaysia

rasa sayang - hanie soraya

Hanie Soraya - Rasa Sayang (MV)
Written & Produced by: Faizal Tahir, Mike Chan & Omar K
Hanie Soraya is an artiste under Faithful Music/Warner Music Malaysia

knock knock - elizabeth tan

The 1st radio single for Elizabeth Tan - Knock Knock
Written & Produced by: Faizal Tahir & Mike Chan
Elizabeth Tan is an artiste under Faithful Music

February 09, 2015

Jep Sepahtu : Lagu untuk Tema Muzikal di Final Maharaja Lawak Mega 2014

Jep Sepahtu : Lagu untuk Tema Muzikal di Final Maharaja Lawak Mega 2014

Greetings to all (^.^)

Ada ke yang sedang mencari lagu apa yang dinyanyikan oleh Jep Sepahtu semasa persembahan untuk tema muzikal di minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2014?

Kalau ada, inilah jawapannya --> Jep telah menyanyikan lagu Lionel Richie - Hello. Lepas ni tak dengar dah Jep nyanyi. Huhu.

Baca juga :
Jep Sepahtu : Selamat Malam Rohingya - Kumpulan Sahabat
Jep Sepahtu : Sayap Ilusi - Wings

Jep Sepahtu : Dikir Barat


Hello - Lionel Richie


I've been alone with you
Inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips
A thousand times
I sometimes see you
Pass outside my door

Hello!
Is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted
And my arms are open wide
'cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much
I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again
How much I care
Sometimes I feel my heart will overflow

Hello!
I've just got to let you know
'cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you

Hello!
Is it me you're looking for?
'cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you

Tahniah Sepahtu kerana telah menjadi Naib Juara untuk MLM 2014. Aku lagi suka Sepahtu hanya ada Jep dan Shuib. Kalau tambah Mamat lagi okay kot. Persembahan Sepahtu untuk tahun ni nampak lebih matang sebab sambil lawak sambil selit nilai-nilai moral.

Bagi aku, tak kisah pun siapa yang menang atau kalah. Tapi aku suka dengan punchline Sepahtu untuk persembahan tema bebas masa final MLM 2014. Persembahan dorang yang sebelum ni pun banyak je punchline yang best. Ada isi la kiranya lawak yang nak disampaikan.

Tapi kadang tu ada je lawak Sepahtu yang membahan orang. Macam Jep suka bahan Shuib. Aku pun suka bahan orang so, aku okay je dengan lawak dorang. Haha. Bahan dengan kutuk lain maksud dia. So, baik bahan dari kutuk. Tapi janganlah main bahan orang je. Kena tengok jugak jenis manusia yang nak dibahan. Macam aku, aku suka bahan member aku yang bernama Azimah. Dia takde blog tapi dia suka ngendap blog aku. Lulz.

February 06, 2015

Medley Lagu Rabbani dan Raihan

Medley Lagu Rabbani dan Raihan
Noh Salleh, Hazama, Alif Satar

Greetings to all (^.^)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak yang sudi upload lagu ni kat youtube. Lepas ni boleh dengar banyak kali. Terima kasih Rilek TV Channel. Mohon kongsi video ye.

Kepada yang tidak berkesempatan menonton Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 haritu, bolehlah layan sekali video ni. Memang best tengok Hazama, Noh Salleh dan Alif Satar perform lagu-lagu Rabbani dan Raihan. Rasa macam bertuahnya membesar dengan lagu-lagu nasyid macam ni. :)

Jemput baca juga --> Keputusan Pemenang Anugerah Nasyid IKIM FM 2014.



Nak tengok persembahan Juara?

Nak tengok persembahan Naib Juara?

Nak tengok persembahan tempat Ketiga?

Nak tengok persembahan yang lain? Pandai-pandailah cari. Hehe :')