Pages

April 02, 2015

Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)


Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)

Aku, Dia dan Tong Gas is the sequel to Playground Productions' first telemovie, Aku, Dia dan Tong Sampah. It continues the adventures of Amir and Sharnaz.

Sharnaz (Siti Saleha) dan Amir (Beto Kusyairy) telah berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan (Fauziah Nawi). Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati (Nadiya Nisaa), rakan lama Amir.

Lakonan : Beto Kusyairy, Siti Saleha, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi, Projek Disko Baldi

*****


Semua pelakon best-best nampaknya. Promo pun dah keluar kat TV. So, jangan lupa tonton telemovie Aku, Dia dan Tong Gas ini pada 06.04.15 (Isnin), jam 8.30 malam hanya di TV9 Malaysia.

Drama yang pernah dihasilkan oleh Playground Production sebelum ini ialah, Aku, Dia dan Tong Sampah, 90 Hari dan Migrasi. Dan yang terbaru, Aku, Dia dan Tong Gas. (Semuanya ditayangkan di slot Skrin di 9).

Bagi aku, kesemua drama terbitan Playground Production best-best. Mungkin aku rasa mereka punya idea yang kreatif  untuk menjadikan cerita itu nampak jiwanya dan sampai kepada penonton dengan cara yang santai.

Paling aku suka, Migrasi. Ada benda yang boleh kita dapat bila tengok cerita macam tu. Cerita tentang hubungan adik-beradik yang tak sehaluan. Watak Taufik dengan Hidayat tu memang menjadi.

Aku, Dia dan Tong Sampah pulak, aku nampak keunikan dia bila Amir tu sempoi je bawak kereta saga. Nampak retro gitu. Nak kata dia miskin tak pun. Siap ajar Tok Wan dia main facebook lagi ada la. Haha. So, takde la nampak drama sangat kan. (Kalau teringin nak tengok Aku, Dia dan Tong Sampah, boleh refer ke entry sebelum ini).

90 Hari pun best jugak sebab Azhan Rani prank Redza minhat. Lupa pulak nama watak dorang. Haha. Babak paling ingat time Megat Sharizal beli muffin pastu jual kat Redza sampai RM 50 kalau tak silap. :)

Okay lah, jangan lupa tengok Aku, Dia dan Tong Gas pulak nanti. Macam best je sebab ada Amerul Affendi dengan Nadiya Nisaa jugak. Teringat Toyu dengan Sofea Jane dalam Terbaik Dari Langit. Hehe. Harap-harap ada la semua geng Projek Disko Baldi dalam drama ni nanti walaupun sekadar menjadi cameo sahaja. :)


8 comments:

  1. Oh! napelah cerita-cerita tu Mrs. A tak pernah tengok ek?
    errrmmmmm... mungkin Mrs. A jarang tengok TV9 kot

    ReplyDelete
  2. hahaha,. dekat hostel pun x sempat nak tengok. balik rumah tv kene buang. hahaha. so tak de lah masa nak menonton akkk~ T_T

    ReplyDelete
  3. huhuhu tak sabarnya nak habis exam...dapatlah tengok cerita ni..

    ReplyDelete
  4. wah.. Mesti best ni... Save the date.

    ReplyDelete
  5. Family saya mesti suka dengan cerita ni.

    ReplyDelete
  6. mcm xdpt tgk je sbb ada ABPBH

    ReplyDelete
  7. Ada Pakwe ko lah..hehehe

    ReplyDelete
  8. pun terlepas nak tengok..huhu

    ReplyDelete