Pages

April 12, 2015

Terbaik Dari Langit dinobat sebagai Filem Terbaik AIFFA 2015

Greetings to all (^.^)

Tahniah Terbaik Dari Langit kerana telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) semalam. Dan tahniah juga buat Bront Palarae yang memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Bront memang layak.

Moga lepas ini akan ada lagi anugerah yang menanti hendaknya. Aku rasa inilah filem terbaik di Malaysia setakat ini. :)

Filem Terbaik AIFFA 2015 : Terbaik Dari Langit


KUALA LUMPUR: Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila  tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu (11.04.15).

8 comments:

  1. assalam budak...

    wahhhh!!! rindu giler dengan budak..maaf lama kak wana tak jenguk sini..jangan marah ya..kak wana tak berapa sihat kebelakangan ni..

    ReplyDelete
  2. kira hebat la filem ni kan budak..kak wana belum sempat nak tengok lagi citer ni..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Bront Palarae dan Terbaik dari langit :)

    ReplyDelete
  4. Tahun lepas tak ada kesempatan nak tengok...

    ReplyDelete
  5. budak.. CT tak tahu nak komen cem mane ni...
    CT wish tahniah je la kat diorang k ahahaha..

    ReplyDelete