April 24, 2015

Nadia Aqilah - Sujudku (OST Bila Hati Telah Hitam)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera (^.^)

Kalau sebelum-sebelum ni, tiap petang jumaat, jam 7.30 malam mesti tengok Tanah Kubur kan, kali ni tiap-tiap petang jumaat, jam 7.30 malam tengok Bila Hati Telah Hitam pulak.

So far, ada jugak episod yang aku dah terlepas tengok. Tapi takpe, ulangan kan ada. Hehe. Bila Hati Telah Hitam merupakan karya terbaru terbitan Radius One. Boleh dikatakan aku follow jugak drama-drama terbitan Radius One yang sebelum ni. Antara drama Radius One yang aku suka Sindarela, Cita dan Cinta, Ramadhan Terakhir dan Syurga Mu Ramadhan. Kalau tak silap, drama Paan dan Paiz pun terbitan Radius One. Suka jugak cerita tu sebab Zahiril Adzim kelakar dalam tu. Hehe. Kalau tahun lepas pulak, aku suka tengok Azam Ramadan Su.

Berdasarkan apa yang aku selalu perhati, OST untuk setiap drama terbitan Radius One mesti best. Macam OST untuk drama Bila Hati Telah Hitam ni. Rasanya kalau korang pun selalu follow drama Radius One, boleh agak kot mereka-mereka yang kreatif dalam membikin lagu-lagu yang sedap sebegini. :)

Moga ada pengajaran yang diperoleh menerusi drama Bila Hati Telah Hitam ini. Tiap-tiap episod berlainan tajuk dan berlainan pelakon. So, sambil tengok pelakon tu berlakon, sambil-sambil kan lah diri anda untuk ambil apa yang nak disampaikan. Kalau tengok kat instagram Radius One, nanti ada jugak episod dimana Ungku Ismail Aziz aka EL dan Zara Zya berlakon. So, teruskan menonton. :)

Bila Hati Telah Hitam
Amar Baharin dan PU Azman



Nadia Aqilah - Sujudku

Ku terhenti berlari
Berdiri dalam qiam ku sujud sepi
Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini
Ya Rahman... Ya Rahim...
Terangkan jalan kasih ku padaMu
Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku
اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Kerna ku sentiasa di bawah takdirMu
Ya Allah

Tercari di ruang sunyi
Janganlah lepaskan kasih sayangMu
Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku
اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Kerna ku sentiasa di bawah takdirMu
Ya Allah

Ya Rahman... Ya Rahim...
Kerana aku sentiasa di bawah bayang takdirMu
Ku selalu di bawah bayang takdirMu InsyaAllah
lyric credit : killjols.blogspot.com

12 comments:

  1. Mati2 ingat CT nyanyi.... Nadia Aqilah rupanya... best kan lagu ni Uda? Memang pasang citer ni sebab tunggu lagu dia je... heee ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, lagu dan cite pun best. suara nadia aqilah ni unik. :)

      Delete
  2. kak budak, karya2 Radius One tu boleh tengok online? banyak tajuk cerita yg sy belum pernah dengar lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. nanti kite try tengok ye mana link yang still available :)

      Delete
  3. memang penuh dengan pengajaran gambar ni

    ReplyDelete
  4. Nanti aku nak degar lagu ni :)

    ReplyDelete
  5. saya suka ungku ismail berlakon. hehehehe... tapi semua cerita akak promote semua astro. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ungku ismail lakon nampak real dan selamba kan. Tu yang best. Hehe. Takpe kang try tgk online. Ade punya tu :)

      Delete
  6. best tengok bila hati telah hitam..banyak cerita pengajaran..

    ReplyDelete