Pages

May 11, 2015

Dia Isteri Luar Biasa (Slot Akasia TV3)

promo drama Dia Isteri Luar Biasa


Sinopsis Novel Dia Isteri Luar Biasa (DILB)

SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flightdari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

*****

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB)

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Lakonan Nur Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota London. 

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

*****

Baca DILB Bab 1-10 di SINI

*****
Dia Isteri Luar Biasa Slot Akasia TV3

Lepas aku dapat tahu hero drama untuk DILB ni Shukri Yahaya, memang aku terus cari, beli dan baca novel dia. Memang tak sabar nak tengok drama DILB ni sebab novel DILB best. Haha. Lepas habis demam tengok Tengku Zaril dengan Yuhanis, kita demam tengok Raden Amzar dengan Dewi Yusra pulak. Hehe. :)

Aku start follow drama lakonan Shukri Yahaya ni lepas tengok Asmara Luna. Suka tengok dia bawak watak Habib. Time kat Juvana tak berapa nak nampak sangat Shuk ni sebab time tu nampak Zahiril Adzim je. Haha. Lepas Asmara Luna, layan pulak drama Sahabat. Suka tengok Shuk jadi Bakri. Dan, ramai yang start kenal Shuk lepas drama Asam Pedas Untuk Dia kan. Tahniah Shuk sebab dah mula dikenali selepas memegang watak Ahmad Ziyad dalam APUD. Lepas ni jadi Raden Amzar pulak dalam DILB. :)

Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) akan mula ditayangkan pada 18 Mei 2015, 6.55 petang, di Slot Akasia TV3. Menggantikan drama Hati Perempuan. DILB merupakan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. dibawah arahan director KhanmancungZiela Jalil selaku producer dan DILB merupakan adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah.

Pelakon : Shukri Yahaya (Raden Amzar), Fathia Latiff (Dewi Yusra), Keith Foo (Kamarul), Elizad Sharifudin, Ziela Jalil, Leez Rosli

Nak ambik mood DILB? Jom follow : 

Harap-harap lagu Tak Pernah boleh jadi OST untuk DILB ni nanti. Kalau rajin godek, jumpa la versi Fathia nyanyi dengan Shuk lagu tu. Nak dengar versi Fathia, tengok situ --> Tak Pernah - Fathia Latiff & Amy Nawari

Jom Follow IG Shukri Yahaya dan Shukrivals :
Motif? Aku suka tengok Shuk buat video gila-gila. Haha. Kelakar nau.

12 comments:

  1. Aku Isterinya la.. Isteri Separuh Masa la.. Sebenarnya Saya Isteri Dia la.. Suami Encik Sotong la.. Suami Sebelah Rumah laa... Playboya itu suami aku laa.. Sekarang Dia Isteri Luar Biasa pulak? Macam-macam ada........ *_*

    ReplyDelete
  2. wahhh ni kene tgk nie
    nampak macam menarik
    aku pon suke shukri yahaya tu

    ReplyDelete
  3. Eh, hati perempuan dah nak abis ke? baru start kan..hehe..express betul drama2 sekarang ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak baca novel Melayu. Cerita Melayu lagilah lama dah tak tengok.

    ReplyDelete
  5. Novelnya best ke budak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata best sangat tak jugak. Tak jumpa lagi novel yg betul2 best. hehe. Tapi jalan cerita dia lain sikit lah dari kebiasaan. Klise drama/novel melayu tetap ada. tapi okay je. Kalau KTAR penulis guna Tajul, kat DILB penulis guna Raden pulak. Dan elemen kekeluargaan tu masih ada mcm KTAR. :)

      Delete
  6. wah citer ni pun menarik dan nampak best la..kak wana jarang dapat layan sebab sibuk..

    ReplyDelete
  7. tajuk drama skrang kemain lagi.. semua nak yang luar biasa saja..

    ReplyDelete
  8. Tak smpat nk layan drama dh sekarang ni..

    ReplyDelete
  9. ok tgk promo kat tv3, tgk pelakon ada elizad homai! terus rindu kyra lydia! haha. kena tgk nti nih.

    ReplyDelete
  10. Anonymous16/5/15 10:35

    Wah macam menarik je cerita ni :-)

    ReplyDelete
  11. belum sempat tengok..tapi macam best kan

    ReplyDelete