Pages

April 10, 2015

OST dan Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Greetings to all (^.^)

Siapa layan drama PBNS ni, bolehlah teruskan membaca entry ini. Hehe. Walaupun baru nak masuk episod ketiga malam ni (10.04.15), aku rasa drama ni best. Mungkin sebab gaya lakonan Cristina Suzanne dan Syarul Ridzwan yang nampak bersahaja. Jalan cerita pun nampak lain sikit. Dan yang penting PBNS bukanlah drama adaptasi novel.

Beza sungguh Tengku Zaril dalam Hati Perempuan dengan Mirza dalam Puteri Bukan Nama Sebenar ni. Haha. Aku rasa watak Mirza lagi senang nak bawak kot sebab Syarul ni boleh tahan gila-gila jugak bila tengok video-video dia kat instagram. Kalau watak Tengku Zaril, tak semua orang mampu nak bawak macam Syarul. :)

Dan, aku baru perasan ada persamaan yang berlaku antara drama Hati Perempuan dengan PBNS ni. Bukan jalan cerita yang sama. Tapi, Syarul Ridzwan dan Hafeez Mikail jadi abang dan adik dalam kedua-dua drama. Tengku Zaril dan Tengku Zarul VS Mirza dan Mikail. :)

So far, dua drama ni jela yang aku layan sekarang. Drama yang lain macam tak best je. Haha. Maaflah kalau nampak asyik update pasal dua drama ni je. Hehe.

Baca : Nastia - Cinta Sempurna (OST Puteri Bukan Nama Sebenar)
Baca : OST Puteri Bukan Nama Sebenar (Tengku Adil - Masih Berdiri)

OST Puteri Bukan Nama Sebenar
(klik link kat bawah)

Puteri Bukan Nama Sebenar

Scene menarik dalam Puteri Bukan Nama Sebenar




Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Laila, seorang ibu tunggal dengan anaknya, Adam yang baru berusia tiga bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suami yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.

Malangnya, bas ekspres yang dinaiki Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Laila membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar.

Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail, ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Ingin tahu apakah bakal terjadi antara Laila, Mirza dan Mikail? Teruskan menonton ‘Puteri Bukan Nama Sebenar’ menerusi slot Zehra lakonan Cristina Suzanne (Puteri/Laila), Syarul Ridzwan (Mirza), Faralyna Idris (Alisha) dan Hafeez Mikail (Mikail) pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV3.

link download : kepalabergetar2u.blogspot.com

14 comments:

  1. Cerita ni best :) Malam ni terpacak depan tb :) lepas tu pukul 10 kita tengok shrek pulak..hahaha :)

    ReplyDelete
  2. macam best je cerita ni.. nak layan la.. ihhiih tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kena layan sebab banyak scene kelakar :)

      Delete
  3. Mcam best je HSB. hihi.

    Awakkkk, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)

    Giveaway Sayang by Scha Nazri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Hehe.
      Kalau sempat join :)

      Delete
  4. SR memang hensem la.. hihihi.. ^_^

    ReplyDelete
  5. asal rsa citer nie mcm perh tngok ya...mcm versi dri indon ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Alamak, tak tengok pulak citer indon. Hehe. Tapi yg versi melayu ni best. Kelakar. :)

      Delete
  6. Akak memang berkenan nak tengok citer ni tapi belum berkesempatan lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti boleh catch up balik. Tak pun kak farrah download siap2. Hehe. Kang bila free boleh tengok balik :)

      Delete
  7. tengok tajuk pun macam best ja citer ni..heheh

    ReplyDelete
  8. haaaa citer ni ada CT tngk sekejap.. while kat sek ayah ritu.
    bukak tv.. tp clueless.. x faham apa..

    ReplyDelete