May 21, 2015

Fathia Latiff dan Shukri Yahaya - Tak Pernah (OST Dia Isteri Luar Biasa)

credit : link

Greetings to all (^.^)

Baiklah, entry ini untuk mereka-mereka yang mengikuti perkembangan novel dan drama adaptasi Dia Isteri Luar Biasa (DILB). Sedikit kelainan yang dibawa dalam DILB yang mula ditayangkan pada 18 mei menerusi slot akasia ini apabila hero dan heroin akan menyanyikan sebuah lagu yang akan turut dimainkan sekali dalam drama ini. Kira lagu sampingan atau secara formalnya disebut sebagai runut bunyi selain ost utamanya iaitu Potret - Akim and The Majistret.


Dia Isteri Luar Biasa

Lagu yang diberi tajuk Tak Pernah ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan Amy Nawari merangkap Penolong Pengarah drama DILB. So, nak dengar versi lagu Tak Pernah yang akan dinyanyikan oleh Shukri Yahaya dan Fathia Latiff, kenalah tengok DILB. Ternanti-nanti jugak ni sebab dah episod ketiga belum keluar. Memang surprise sangat ni. Hehe. :)

Baca : Corat-Coret Majlis Tayangan Khas 'Dia... Isteri Luar Biasa'

Terima kasih dilbnatics dan dilblovers sebab selalu kongsi info. Follow lah instagram mereka kalau nak tahu lebih lanjut. :)

Jom layan lagu Tak Pernah.
p/s : lirik dan video kredit kepada Amy Nawari. :)


Tak Pernah versi Fathia Latiff dan Shukri Yahaya
(Ni dorang saja-saja nyanyi nak promo DILB). Nak versi sedap tunggu main kat drama. :)


Tak Pernah versi Fathia Latiff dan Amy Nawari

Tak Pernah

Ku tak pernah terfikir
Jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir
Kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir
Ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir
Kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini
Hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup
Bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik
Tuk dirimu

Dan janganlah kau bersedih
Hanya kerna diriku
Kerana ku tahu cintaku padamu
Kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir
Jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir
Ku kan memiliki cintamu

Ku tak pernah terfikir
Ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir
Kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi

1 comment: