Pages

April 25, 2015

Review : Memo Bottle

Greetings to all (^.^)

Sekarang ni kalau korang perasan, tengah musim memobottle kan? Ke aku je yang baru nak perasan? Tak pun, musim dia baru nak mula? Tak pun, musim dia dah lepas? Haha.

Aku baru je nampak memobottle ni bukan main laku keras dijual oleh insta-insta shopper yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Siap ada yang ambik pre-order sekali sebab stok tak mencukupi. Dasyat tak dasyat la kan penangan memobottle ni.

Aku tak beli lagi memobottle ni. Just baru main survey-survey harga. Barang sama tapi harga lain-lain. So, kalau nak jadi pengguna/pembeli yang bijak, rajin-rajin kan lah diri untuk survey sebelum beli. Sebenarnya, harga memobottle ni kalau yang original punya, memang boleh tahan harga dia. Sedangkan memobottle yang jenis inspired punya pun harga dia masih mampu membuat aku berfikir beberapa puluh kali untuk membeli. Huhu.

Kenapa aku teringin nak beli memobottle ni? Sebab bentuk dia petak ikut saiz kertas. Ada saiz A5, A4 dan Letter. Unik dan smart sangat kan. Tapi sekarang ni kebanyakan peniaga yang menjual memobottle inspired kat malaysia ni jual yang saiz A5 tu je. Akan datang mesti semua saiz botol tu dorang jual jugak kan. Aku tunggu.

Memobottle ni jugak senang nak masuk dalam beg. Dengan adanya memobottle ni jugak, korang dah tak perlu nak risau beg jadi kembung ke apa dah lepas ni. Ia juga mampu mengurangkan penggunaan botol plastik disamping membantu menyelamatkan alam sekitar kita semua. Lepas ni minum air putih pun jadi lebih seronok sebab botol dia lawa sangat. Hehe. :)

Okay, nak pergi sambung survey harga lagi. Hehe.

Nak tahu lebih lanjut? Boleh layari laman web : www.memobottle.com


 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

19 comments:

  1. Benda ni tengah hot dekat Malaysia ke? Saya tak pernah nampak pula dekat IGs yang saya follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tengah musim dia kot. Kalau rajin tgk instashop malaysia ada la kot. :)

      Delete
  2. wah..baru tau nie..memang cantik dan kalau letak dalam beg pun tak perasan..

    ReplyDelete
  3. okay baru tahu kewujudan dia. hikssss :D

    ReplyDelete
  4. lamanya tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. Sorry kak :')
      Nanti free saya singgah balik ye.

      Delete
  5. dah banyak dah jual botol ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat akak banyak jual ea? Murah tak?

      Delete
  6. Awat aku tak tahu pun pasal ni? hahaha..

    ReplyDelete
  7. eh, la.. baru nak buat review pasal botol ni. hahahaha. sorry ye kalau saya buat review sama nanti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe2. Nanti amy belanja sebotol ea :p

      Delete
  8. Dah macam bentuk tab.. jangan tersilap ambik sudah.. seluk beg nak amek tab terambik jag air.. eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Minum dulu baru ambik tab lah kalau gitu :)

      Delete
  9. nampak cantik pula tengok..nampaknya kak wana pun ketinggalan sebab baru tau tentang kewujudannya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe lepas ni kena beli pastu kasi saya sebotol :)

      Delete
  10. pehhhh bru tahu.. tapi smart la memo bottle ni :)

    ReplyDelete