April 25, 2015

Review : Memo Bottle

Greetings to all (^.^)

Sekarang ni kalau korang perasan, tengah musim memobottle kan? Ke aku je yang baru nak perasan? Tak pun, musim dia baru nak mula? Tak pun, musim dia dah lepas? Haha.

Aku baru je nampak memobottle ni bukan main laku keras dijual oleh insta-insta shopper yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Siap ada yang ambik pre-order sekali sebab stok tak mencukupi. Dasyat tak dasyat la kan penangan memobottle ni.

Aku tak beli lagi memobottle ni. Just baru main survey-survey harga. Barang sama tapi harga lain-lain. So, kalau nak jadi pengguna/pembeli yang bijak, rajin-rajin kan lah diri untuk survey sebelum beli. Sebenarnya, harga memobottle ni kalau yang original punya, memang boleh tahan harga dia. Sedangkan memobottle yang jenis inspired punya pun harga dia masih mampu membuat aku berfikir beberapa puluh kali untuk membeli. Huhu.

Kenapa aku teringin nak beli memobottle ni? Sebab bentuk dia petak ikut saiz kertas. Ada saiz A5, A4 dan Letter. Unik dan smart sangat kan. Tapi sekarang ni kebanyakan peniaga yang menjual memobottle inspired kat malaysia ni jual yang saiz A5 tu je. Akan datang mesti semua saiz botol tu dorang jual jugak kan. Aku tunggu.

Memobottle ni jugak senang nak masuk dalam beg. Dengan adanya memobottle ni jugak, korang dah tak perlu nak risau beg jadi kembung ke apa dah lepas ni. Ia juga mampu mengurangkan penggunaan botol plastik disamping membantu menyelamatkan alam sekitar kita semua. Lepas ni minum air putih pun jadi lebih seronok sebab botol dia lawa sangat. Hehe. :)

Okay, nak pergi sambung survey harga lagi. Hehe.

Nak tahu lebih lanjut? Boleh layari laman web : www.memobottle.com


 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

 Memo Bottle

April 24, 2015

Nadia Aqilah - Sujudku (OST Bila Hati Telah Hitam)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera (^.^)

Kalau sebelum-sebelum ni, tiap petang jumaat, jam 7.30 malam mesti tengok Tanah Kubur kan, kali ni tiap-tiap petang jumaat, jam 7.30 malam tengok Bila Hati Telah Hitam pulak.

So far, ada jugak episod yang aku dah terlepas tengok. Tapi takpe, ulangan kan ada. Hehe. Bila Hati Telah Hitam merupakan karya terbaru terbitan Radius One. Boleh dikatakan aku follow jugak drama-drama terbitan Radius One yang sebelum ni. Antara drama Radius One yang aku suka Sindarela, Cita dan Cinta, Ramadhan Terakhir dan Syurga Mu Ramadhan. Kalau tak silap, drama Paan dan Paiz pun terbitan Radius One. Suka jugak cerita tu sebab Zahiril Adzim kelakar dalam tu. Hehe. Kalau tahun lepas pulak, aku suka tengok Azam Ramadan Su.

Berdasarkan apa yang aku selalu perhati, OST untuk setiap drama terbitan Radius One mesti best. Macam OST untuk drama Bila Hati Telah Hitam ni. Rasanya kalau korang pun selalu follow drama Radius One, boleh agak kot mereka-mereka yang kreatif dalam membikin lagu-lagu yang sedap sebegini. :)

Moga ada pengajaran yang diperoleh menerusi drama Bila Hati Telah Hitam ini. Tiap-tiap episod berlainan tajuk dan berlainan pelakon. So, sambil tengok pelakon tu berlakon, sambil-sambil kan lah diri anda untuk ambil apa yang nak disampaikan. Kalau tengok kat instagram Radius One, nanti ada jugak episod dimana Ungku Ismail Aziz aka EL dan Zara Zya berlakon. So, teruskan menonton. :)

Bila Hati Telah Hitam
Amar Baharin dan PU Azman



Nadia Aqilah - Sujudku

Ku terhenti berlari
Berdiri dalam qiam ku sujud sepi
Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini
Ya Rahman... Ya Rahim...
Terangkan jalan kasih ku padaMu
Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku
اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Kerna ku sentiasa di bawah takdirMu
Ya Allah

Tercari di ruang sunyi
Janganlah lepaskan kasih sayangMu
Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku

اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Ku mohon Engkaulah yang menjagaku
اللهم لا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله
Kerna ku sentiasa di bawah takdirMu
Ya Allah

Ya Rahman... Ya Rahim...
Kerana aku sentiasa di bawah bayang takdirMu
Ku selalu di bawah bayang takdirMu InsyaAllah
lyric credit : killjols.blogspot.com

April 16, 2015

Phoema Band - Wanita Terindah (OST Hati Perempuan)

Greetings to all (^.^)

Okay, hari ini hari khamis. Episod last Hati Perempuan untuk minggu ini (episod 12). Haha. Sabar jela ye. Minggu depan Yuhanis pregnant pulak kan. Tak sabar nak tengok scene Tengku Zaril makan banyak. Harap ada la macam dalam novel.

Team Hati Perempuan dah wrap (selesai penggambaran) dah semalam. Lepas ni takde dah la nak tengok BTS dorang yang macam-macam ragam tu. Haha. So, melayan jela #hatiperempuan kat instagram hari-hari. Mana tahu, dorang update video throwback ke apa. Hehe.

Dah, jom layan lagu Phoema Band - Wanita Terindah ni pulak. Band ni berasal dari seberang. Macam biasa, lagu-lagu dari sana senang nak diterima halwa telinga kan. :)

Hati Perempuan



Phoema Band - Wanita Terindah (OST Hati Perempuan)

Apa kesalahan ini
Hingga akhirnya kau pergi
Pergi meninggalkan aku
Hancur hati ku tak ada diri mu

Sungguh ku mencintai mu
Jangan pergi tinggalkan ku
Kerna diri mu berharga
Bagi hidup ku bagi cinta ku

Kau membuat ku bahagia
Membuat ku tak bisa
Kehilangan cinta Sejati hidup ku

Kau wanita terindah ku
Wanita terbaik ku
Yang selalu ada
Di setiap langkah hidup ku

Kau membuat ku bahagia
Membuat ku tak bisa
Kehilangan cinta Sejati hidup ku

Kau wanita terindah ku
Wanita terbaik ku
Yang selalu ada
Di setiap langkah hidup ku

April 15, 2015

Zizi - Dulu Pernah Kau Kata (OST Hati Perempuan)

Greetings to all (^.^)

Okay, entry tentang Hati Perempuan lagi. Haha. First time kot tengok drama melayu sampai rasa macam ni. Rasa macam setiap episod best. Maybe sebab watak jahat tak masuk lagi. Lepastu dia punya scene banyak suspense dan tak lembap. Haha. Takpe, drama ni happy ending punya. Nanti Yuhanis dengan Tengku Zaril ada dua orang anak. Hehe. Novel pun aku dah khatam. Tapi, drama dia lagi best kot. :)

Jom layan lagu Zizi pulak. Sedap jugak lagu ni bila dengar banyak kali. Yela, dah tengok Hati Perempuan hari-hari. Haha. Zizi ni yang sekarang jadi Kirana dalam Nukilan tu kan? Suka tengok dia rap dalam lagu Rindu - Shae & Nukilan. Nukilan ada lagu baru lagi sekarang. Try la dengar Nukilan - Aduh Neng. Lirik Malique tak pernah tak deep maksud dia.

Hati Perempuan



Zizi - Dulu Pernah Kau Kata (OST Hati Perempuan)

Dulu pernah kau kata
Cinta padaku saja
Ku percaya
Percaya

Sekelip mata
Bagai diragut nyawa
Kau berdusta
Ohhh

Hanya Tuhan mengerti
Oh sakitnya
Sakitnya

Pergi saja
Oh tolonglah
Pergi saja
Ku tak mampu menahan
Kesedihanmu
Ohhh

Pergi saja
Oh tolonglah
Pergi saja
Ku tak mampu menahan

Berganti musim
Kini kau kembali
Menagih kasih dan simpati
Mendambakan cintaku
Oh tak mungkin

Hanya Tuhan mengerti
Oh sakitnya, sakitnya
Mengharapkan cintamu
Oh tak mungkin, tak mungkin

Pergi saja
Oh tolonglah
Pergi saja
Ku tak ingin merasa
Kesedihanmu

Oh tolonglah
Pergi saja
Oh tolonglah
Pergi saja
Ku tak mampu menahan

Sudahlah
Sekali cukup sudah
Kau lukai hati ini

April 14, 2015

Aiman Sidek - Bunga Dhia (OST Hati Perempuan)

Greetings to all (^.^)

Okay, dah terjatuh suka pulak dengan lagu Bunga Dhia ni. Hari-hari main kat drama Hati Perempuan. Harini baru teringat Aiman Sidek ni yang mana. Haha. Rupanya Aiman yang dulu pernah popular dengan lagu Cinta Terakhir. Kalau korang pernah dengarlah lagu tu. Aiman ni jugak merupakan bekas finalis Akademi Nasyid TV9. Pastu pernah menjadi finalis AJL ke-23 menerusi lagu Dusta Berkalang hasil ciptaan Hafiz Hamidun. Fuh, tak sangka ingatan aku masih baik. Haha. Jom layan kalau nak. :)

Tengku Zaril dan Yuhanis

Baca : OST dan Sinopsis Drama Hati Perempuan
Baca : Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)


Aiman Sidek - Bunga Dhia (OST Hati Perempuan)

Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

Ku menunggu kamu
Ku menanti kamu saja
Yang terindah dari Dia
Yang tercipta dari Dia

Waktu terus berguling
Dengan doa harapan
Kau didakapanku

Bunga kaulah cahaya
Bunga kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

Oh ohhhh
Oh ohhhh
Oh ohhhh

Dhia kaulah cahaya
Dhia kaulah bintang
Menerangi siang dan malamku
Mewarnai segenap mimpiku

April 12, 2015

Kumpulan Cerpen URBAN Terbitan FIXI Sempena PBAKL 2015

Greetings to all (^.^)

Aku dah macam pantang nampak perkataan EDISI TERHAD sekarang ni. Nampak je mesti aku akan rasa rugi kalau tidak memiliki. Huhu. Tapi, buku jela. Kalau barang lain yang edisi terhad aku tak pandang sangat. Mungkin sebab buku tidak dikenakan cas GST. Hoho. :p

Kalau nak diikutkan, Cerpen Terbaik 2014 aku tak habis baca lagi ni. Tapi takpe sebab buku takde tarikh luput kan. Bila-bila pun boleh baca. Haha. Pastu cover buku keluaran FIXI tak pernah tak smart. Asyik smart je memanjang tu yang macam rugi kalau tak beli.

Dan, yang lagi best, buat pertama kalinya, FIXI nak keluarkan ebook untuk URBAN ni secara percuma. Suka tak? Hehe. Tapi kalau dapat beli yang versi cetak, confirm lagi puas hati kan. Tapi kalau dah takde rezeki nak buat camne. So, lepas ni takdelah frust sangat kot sebab ebook kan ada. :)

Mohon buat ebook untuk KOPI, BOLA dan KLCC pulak pasni. Haha. Aku takde buku tu. Nak sangat baca cerpen-cerpen dalam tu. Ke ada sesiapa nak bagi/jual kat aku? :)

Tahniah FIXI diatas pembukaan kedai fizikal di Petaling Jaya. Siapa yang dekat, bolehlah lepak situ. Aku lepak kat website je mampu. Huhu.

Kumpulan Cerpen URBAN terbitan FIXI sempena PBAKL 2015

Credit : BukuFixi
Tajuk: URBAN
Penulis: Azrin Fauzi
Mukasurat: 176
Harga: RM15

Sinopsis:
URBAN ialah edisi terhad yang diinspirasi oleh roh 16 kota di Malaysia. Ada cerpen yang realis, ada yang minimalis, ada yang futuris, dan ada yang akan membuat kita kata “cis”. Azrin Fauzi sebelum ini pernah memuatkan cerpen dalam antologi Fixi KLCC (2013) dan Malam (2014). Urban dicetak 3,000 unit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 dan takkan diulangcetak. Untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau, buku ini akan turut disediakan sebagai ebook percuma (ya, percuma!) serentak dengan tarikh mula jualan.
Kandungan:

1. Hari Terakhir di Kota Kinabalu
2. Zeus Turun di Johor Bahru
3. Whodunnit (I): Putrajaya
4. Kangaq, Aku Mai!
5. Subuh Tak Berembun di Seremban
6. Georgetown
7. Gudbai, Neo-Melaka!
8. Whodunnit (II): Epilog Ipoh
9. Benarkah Kita Pernah Berjumpa di PJ?
10. Kuantan, Perfidia
11. Shah/Alam
12. Malam-Malamku di Alor Setar
13. Malu-Malu Kuching
14. Kota(K)uala Lumpur
15. Rendezvous di Kota Bharu
16. Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera

Majlis pelancaran: 22 April 8pm di KedaiFixi
Dijual di PBAKL

Terbaik Dari Langit dinobat sebagai Filem Terbaik AIFFA 2015

Greetings to all (^.^)

Tahniah Terbaik Dari Langit kerana telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) semalam. Dan tahniah juga buat Bront Palarae yang memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Bront memang layak.

Moga lepas ini akan ada lagi anugerah yang menanti hendaknya. Aku rasa inilah filem terbaik di Malaysia setakat ini. :)

Filem Terbaik AIFFA 2015 : Terbaik Dari Langit


KUALA LUMPUR: Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila  tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu (11.04.15).

April 11, 2015

Caliph Buskers - Hanya NamaMu (Official Music Video)

Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Greetings to all (^.^)

Tahniah diucapkan buat Caliph Buskers diatas penghasilan lagu Hanya NamaMu ini. First time dengar terus jatuh cinta dengan liriknya yang sangat mendalam maksudnya. Tahniah buat Edry selaku penulis liriknya. Melodi untuk lagu ni pun terbaik.

Jom dengar dan hayati liriknya. :)
Moga Caliph Buskers terus diberi peluang untuk mengorak langkah.
Terima kasih untuk lagu yang penuh makna ini.


Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia

Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

April 10, 2015

OST dan Sinopsis Drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Greetings to all (^.^)

Siapa layan drama PBNS ni, bolehlah teruskan membaca entry ini. Hehe. Walaupun baru nak masuk episod ketiga malam ni (10.04.15), aku rasa drama ni best. Mungkin sebab gaya lakonan Cristina Suzanne dan Syarul Ridzwan yang nampak bersahaja. Jalan cerita pun nampak lain sikit. Dan yang penting PBNS bukanlah drama adaptasi novel.

Beza sungguh Tengku Zaril dalam Hati Perempuan dengan Mirza dalam Puteri Bukan Nama Sebenar ni. Haha. Aku rasa watak Mirza lagi senang nak bawak kot sebab Syarul ni boleh tahan gila-gila jugak bila tengok video-video dia kat instagram. Kalau watak Tengku Zaril, tak semua orang mampu nak bawak macam Syarul. :)

Dan, aku baru perasan ada persamaan yang berlaku antara drama Hati Perempuan dengan PBNS ni. Bukan jalan cerita yang sama. Tapi, Syarul Ridzwan dan Hafeez Mikail jadi abang dan adik dalam kedua-dua drama. Tengku Zaril dan Tengku Zarul VS Mirza dan Mikail. :)

So far, dua drama ni jela yang aku layan sekarang. Drama yang lain macam tak best je. Haha. Maaflah kalau nampak asyik update pasal dua drama ni je. Hehe.

Baca : Nastia - Cinta Sempurna (OST Puteri Bukan Nama Sebenar)
Baca : OST Puteri Bukan Nama Sebenar (Tengku Adil - Masih Berdiri)

OST Puteri Bukan Nama Sebenar
(klik link kat bawah)

Puteri Bukan Nama Sebenar

Scene menarik dalam Puteri Bukan Nama Sebenar




Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Laila, seorang ibu tunggal dengan anaknya, Adam yang baru berusia tiga bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suami yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.

Malangnya, bas ekspres yang dinaiki Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Laila membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar.

Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail, ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Ingin tahu apakah bakal terjadi antara Laila, Mirza dan Mikail? Teruskan menonton ‘Puteri Bukan Nama Sebenar’ menerusi slot Zehra lakonan Cristina Suzanne (Puteri/Laila), Syarul Ridzwan (Mirza), Faralyna Idris (Alisha) dan Hafeez Mikail (Mikail) pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV3.

link download : kepalabergetar2u.blogspot.com

April 09, 2015

Telemovie Kampung Semarah Padi (2012)

Greetings to all (^.^)

Pernah tengok drama Kampung Semarah Padi? Drama ni sebenarnya dah makan tahun jugaklah main kat tv, tapi still best kalau korang baru nak tengok harini. Dan kalau korang jenis follow semua lakonan Beto Kusyairy, rasanya mesti dah pernah tengok kan.

Bagi aku, drama ni antara lakonan Beto yang terbaik. Sebab apa terbaik? Sebab tak pernah lagi tengok Beto berlakon tak best kan. Semua best-best. Penat kot gelak tengok drama ni. Tak pernah dibuat orang bercakap dalam nada suara yang sentiasa marah. Semuanya gara-gara sumpahan Musalmah.

Jangan risau, drama ni ada jugak moral value dia. Bukan setakat menghiburkan, tapi ada pengajarannya. Tahniah kepada Melissa Saila sebab idea untuk drama ni sangatlah terbaik.

Dengar cerita akan ada Kampung Semarah Padi The Series pulak nanti. Drama bersiri 13 episod itu nanti akan dilakonkan oleh Johan As'ari dan Intan Ladyana. Kiranya dah bertukar hero dan heroin lah kot. Mana aku tahu? Aku ternampak kat instagram Johan haritu. Sejauh mana kesahihannya, tunggu jela nanti dorang tayang kat tv. Bila nak tayang? Akan diberitahu kelak.

So, sementara nak tunggu Kampung Semarah Padi The Series, kita layan dulu Telemovie Kampung Semarah Padi. :)



SINOPSIS : budiey.com

Cerita berlatarkan kisah yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Se’marah’ Padi sekitar tahun 50an yang menyaksikan seluruh penduduknya hidup dalam keadaan marah semarah-marahnya akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah.
Musalmah telah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah telah membuat sumpahan bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.
Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se’marah’ Padi dalam kemarahan dari segi tutur kata mereka, perilaku mereka dalam keadaan marah semata mata. Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi. Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se’marah’ Padi masih lagi hidup dalam keadaan marah.
Pada suatu hari penduduk kampung telah menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai. Kasim yang berasal dari kampung lain telah dibawa ke rumah penghulu Siak.
Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak, isterinya Tanjung dan anaknya Meriam. Setelah sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.
Oleh kerana terhutang budi kerana telah diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan (anger management) bagi penduduk kampung.
Tercapaikah hasrat Kasim mahu membuang sumpahan Musalmah dan mengembalikan penduduk kampung seperti norma asalnya?
Kampung Semarah Padi

PELAKON : Beto Kusyairi, Pekin, Shera Aiyob, Sheila Mambo dan Sabri Yunus juga penampilan khas Melissa Saila dan Amran Tompel

April 03, 2015

Tele Jumaat : Ini Jalan Kita




credit : BERNAMA

credit : TVAlhijrah

*****

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (^.^)

Drama Ini Jalan Kita ini telah pun ditayangkan pada 27.03.15 (Jumaat) yang lalu. Ramai yang memberi komen positif berdasarkan apa yang telah aku baca di facebook TV Al-Hijrah.

Tengok promo dia pun dah tahu memang best. Tahniah Suhan Movies sebab berjaya buat drama seperti ini. Moga yang berlakon dan yang menonton mendapat input daripada isi yang disampaikan.

Diharapkan TV Al-Hijrah akan mengulang siar drama ini kembali sebab aku tak dapat tengok sampai habis haritu. Nak buat macam mana, dah tengah syok menonton, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya bersama guruh yang berdentam-dentum. Haha. Saja buat ayat cerpen kejap. :)

Dan, lagu tema untuk drama ni pun sangatlah best. Jom layan sama-sama.

Moga akan diperbanyakkan lagi drama seperti ini yang dekat dengan jiwa penonton. Dalam senyum ada pengajarannya.


Raqib Majid - Kembali

Telah lama ku tersasar
Teralpa di dalam sedar
Nyaris tenggelam diriku
Di arus mimpi yang palsu

Tidak terhitung nikmat-Mu
Kau pinjam kepadaku
Kiranya semua itu
Ujian-Mu buatku

Sebelum buta
Mata dan hatiku ini
Dengan kesedaran diri
Ingin segera kembali

Terimalah daku
Tuhanku yang penyayang
Kiranya ini sujud terakhir

Ku pulang mengabdi diri

April 02, 2015

Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)


Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)

Aku, Dia dan Tong Gas is the sequel to Playground Productions' first telemovie, Aku, Dia dan Tong Sampah. It continues the adventures of Amir and Sharnaz.

Sharnaz (Siti Saleha) dan Amir (Beto Kusyairy) telah berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan (Fauziah Nawi). Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati (Nadiya Nisaa), rakan lama Amir.

Lakonan : Beto Kusyairy, Siti Saleha, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi, Projek Disko Baldi

*****


Semua pelakon best-best nampaknya. Promo pun dah keluar kat TV. So, jangan lupa tonton telemovie Aku, Dia dan Tong Gas ini pada 06.04.15 (Isnin), jam 8.30 malam hanya di TV9 Malaysia.

Drama yang pernah dihasilkan oleh Playground Production sebelum ini ialah, Aku, Dia dan Tong Sampah, 90 Hari dan Migrasi. Dan yang terbaru, Aku, Dia dan Tong Gas. (Semuanya ditayangkan di slot Skrin di 9).

Bagi aku, kesemua drama terbitan Playground Production best-best. Mungkin aku rasa mereka punya idea yang kreatif  untuk menjadikan cerita itu nampak jiwanya dan sampai kepada penonton dengan cara yang santai.

Paling aku suka, Migrasi. Ada benda yang boleh kita dapat bila tengok cerita macam tu. Cerita tentang hubungan adik-beradik yang tak sehaluan. Watak Taufik dengan Hidayat tu memang menjadi.

Aku, Dia dan Tong Sampah pulak, aku nampak keunikan dia bila Amir tu sempoi je bawak kereta saga. Nampak retro gitu. Nak kata dia miskin tak pun. Siap ajar Tok Wan dia main facebook lagi ada la. Haha. So, takde la nampak drama sangat kan. (Kalau teringin nak tengok Aku, Dia dan Tong Sampah, boleh refer ke entry sebelum ini).

90 Hari pun best jugak sebab Azhan Rani prank Redza minhat. Lupa pulak nama watak dorang. Haha. Babak paling ingat time Megat Sharizal beli muffin pastu jual kat Redza sampai RM 50 kalau tak silap. :)

Okay lah, jangan lupa tengok Aku, Dia dan Tong Gas pulak nanti. Macam best je sebab ada Amerul Affendi dengan Nadiya Nisaa jugak. Teringat Toyu dengan Sofea Jane dalam Terbaik Dari Langit. Hehe. Harap-harap ada la semua geng Projek Disko Baldi dalam drama ni nanti walaupun sekadar menjadi cameo sahaja. :)


Skrin di 9 : Aku, Dia Dan Tong Sampah (2012)

Greetings to all (^.^)

Siapa pernah tengok drama ni? Best kan. Kalau korang pernah tengoklah. Takpun korang tengok drama ni sebab hero dia Beto Kusyairy dan heroin dia Siti Saleha. Dua-dua pun aku suka. :)

Tetiba nak throwback balik drama ni sebab sequal untuk kisah Sharnaz dan Amir ni akan ditayangkan tidak lama lagi. Lagi beberapa hari je ni (kalau korang baca entry ni sebelum 06.04.15). So far, Playgorund Production tak pernah tak best drama yang dorang bikin. Memang terbaik dari langit kesemuanya. Kalau tak percaya pergi try tengok 90 Hari dengan Migrasi.

Skrin di 9 : Aku, Dia Dan Tong Sampah (2012)

Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah telemovie yang bergenre komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Jom layan balik Aku, Dia dan Tong Sampah sementara menunggu sequal-nya iaitu Aku, Dia dan Tong Gas. Tajuk gempak betul. Haha. :)


Jom tonton selagi video ni masih available. :)


Amir menyanyi untuk Sharnaz. :)


Liyana Fizi - Jatuh (OST Aku, Dia dan Tong Sampah)