Pages

March 30, 2015

OST dan Sinopsis Drama Hati Perempuan

Greetings to all (^.^)

Okay, dah terlayan pulak drama ni walaupun baru episod pertama. Haha. Tapi still tak boleh lawan dengan episod pertama Teman Lelaki Upahan yang paling best so far. Maaf, bukan mahu membandingkan, sekadar mengutarakan pendapat. Ayat tak boleh blah sungguh. Haha.

Lepas baca sinopsis, aku rasa drama ni ada keunikannya yang tersendiri macam TLU. So, tunggu jela untuk episod yang seterusnya kepada yang menonton. :)


Hati Perempuan

Sinopsis Hati Perempuan
credit : kepalabergetar2u.blogspot.com

Drama ini mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

link download : kepalabergetar2u.blogspot.com


*****

OST Hati Perempuan
credit : Creative Skill Solution



Aiman - Bunga Dhia

Ernie Zakri - Takkan Pudar


Phoema Band - Wanita Terindah


Zizi - Dulu Pernah Kau Kata


Tustel - Sakitnya Tuh Disini

12 comments:

  1. bagi saya citer TLU memamng the best kelakar sempoi susah nak tengok drama camtu :)

    ReplyDelete
  2. ramai betul yg duk citer pasal drama ni sekarang..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. thanks dear, may God bless u always.
    but the prob is url. Ernie and Aiman is invalid url. btw thanks.

    ReplyDelete
  5. Anonymous1/4/15 12:43

    macam best je drama hati perempuan :-)

    ReplyDelete
  6. Tak smpat nk tgk citer nj.

    ReplyDelete
  7. Drama tv mne ni weyh..lme xtgok tv, klik promot content..

    ReplyDelete
  8. alahaaai citer2 kawen orang kaya lagi hahaha..

    ReplyDelete
  9. aku xtau kenapa aku tgk laki tu berlkon mcm trlampau ikot skrip ha
    padahal sblm2 ni elok je dia berlakon..
    nerbes kott jadi watak utama
    hehehehe

    ReplyDelete
  10. suka lagu ni dan layan drama.. mia ahmad mmg cantikkan

    ReplyDelete
  11. Aku dah jatuh cinta dengan drama ni..Tengku Zaril smart sgt..haha

    ReplyDelete