March 17, 2015

CERPEN TERBAIK 2014 (Buku Edisi Terhad Terbitan Buku FIXI)

Greetings to all (^.^)

Ini entry untuk pemburu, pengumpul, pembaca, pengikut, penggila, penggemar (dan yang seangkatan dengannya) buku edisi terhad terbitan FIXI. Hari ini merupakan hari pertama buku CERPEN TERBAIK 2014 ini dijual. Rugi rasanya kalau tidak memiliki sebuah. So, bertindaklah segera sebelum kehabisan stok. Haha. Aku macam biasa order kat member jela sebab rumah aku jauh kot. Harap satu hari nanti dapatlah aku menjejakkan kaki kemana-mana bookfair kat dalam dunia ini.

Untuk keterangan lebih lanjut, jemput scroll ke bawah. Tengok cover buku dia pun dah tergoda. :)

+++++

CERPEN TERBAIK 2014 : FIXI

Info mengenai CERPEN TERBAIK 2014 

Buku ini menghimpunkan 18 cerpen Malaysia (termasuk 2 dalam Bahasa Inggeris) yang pernah terbit sepanjang 2014. 

Dipilih oleh novelis/pengkritik Wan Nor Azriq yang telah baca pelbagai sumber termasuk Dewan Sastera, Berita Minggu, Esquire di samping buku-buku ITBM, Fixi etc dan juga zines.

Buku ini dicetak 3,000 dan takkan diulang-cetak. Hampir semua stok (lebih 80%) ialah untuk Putrajaya International Book Fair (PIBF) (17-22 Mac) di PICC.

Pesta buku ini dianjur oleh MPH dan baucar buku boleh digunakan.

Ia takkan dijual di kedai biasa dan kami juga takkan menjualnya di fixi.com.my. Ia takkan keluar sebagai ebook.

Harga asal buku ialah RM19. Tapi difahamkan ada diskaun untuk pemegang kad MPH. Sama-sama kita nantikan pengumuman MPH minggu depan. Yang menariknya, dengan diskaun ini, anda boleh beli 3 buku dengan harga kurang daripada RM50!

CERPEN TERBAIK 2014 akan dijual sepanjang PIBF, iaitu mulai 10 pagi 17 Mac. Namun majlis pelancaran (dengan kehadiran kebanyakan penulis) ialah pada Ahad 12 tengahari di PICC.

Selain buku ini, hampir semua buku Fixi akan dijual di PIBF. Fixi tiada booth khas sebab seluruh PIBF dikendalikan oleh MPH.

Lebihan stok buku ini (yang tidak dihantar ke PICC) akan dijual di kedai Fixi yang dijangka buka bulan depan. Jadi jika anda tak sempat ke PICC, anda masih boleh mendapatkannya dengan harga rendah.

Terima kasih! Diharap buku CERPEN TERBAIK ini dapat menjadi aktiviti tahunan.


CERPEN TERBAIK 2014 (Buku Edisi Terhad Terbitan Buku FIXI)

14 comments:

  1. Yeahh! Minat sama..hehe

    ReplyDelete
  2. Ingatkan mahal buku ni tp harganya mampu milik la ^^

    ReplyDelete
  3. Belum ada rezeki lagi nak beli buku Fixi ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah g bookfair ni..sesak, aku bli majalah ujang jer..haha.. Klik digi nuff..

    ReplyDelete
  5. bestnya lahai. kalau kat tempat BV susah sangat nak jumpa buku fixi. selalu order online je. :D

    ReplyDelete
  6. kak wana pun suka baca cerpen..tapi dah lama dah ni tertinggal baca cerpen..selalu x masa..huhu

    ReplyDelete
  7. dah lama xbaca buku fixi ni . jarang beli dah .

    ReplyDelete
  8. wahh best ni.. wuuu
    xcukup bajet la.. adoii

    ReplyDelete
  9. cukuplah literature sekolah nak ajar anak2 murid ehehe..

    ReplyDelete
  10. wah ape ni ape nie...
    nampak sgt dah lame takmembace kan
    beli novel baru pon blm sempat nak bukak muke depan pon

    ReplyDelete
  11. terlepas pasal iinfo ni..ko pergi ke HSB?

    ReplyDelete