Pages

March 21, 2015

Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)


Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)

Greetings to all (^.^)

Entry ini ditujukan khas buat semua pendengar lagu-lagu Hazama dan juga mereka yang akan menonton drama Hati Perempuan (menggantikan drama Teman Lelaki Upahan) yang akan mula ditayangkan pada 30 Mac 2015 di Slot Akasia TV3.

Drama Hati Perempuan ini juga merupakan adaptasi daripada novel karya Nur Ain Al-Abbas. Drama ini menggandingkan Syarul Ridzwan (Tengku Zaril) dan Mia Ahmad (Yuhanis) sebagai teraju utamanya. Nak tahu best atau tidak, bolehlah try tengok nanti. Masing-masing ada pendapat kan. Huhu.

Yang aku tahu, OST untuk drama Hati Perempuan ini dinyanyikan oleh Hazama. Macam mana aku tahu? Haha. Biasalah, instagram kan ada. Hoho.

Sebagai pendengar lagu-lagu beliau, aku kasi 5/5 bintang untuk lagu Sampai Mati ini. Memang terbaik selepas lagu Relakan Jiwa. Bukan aku nak kata lagu Malaikat tak best, tapi mungkin sebab aku suka dengar Hazama nyanyi lagu yang memerlukan dia menggunakan pitch/tone/suara yang tinggi. Haha. Tapi still semua lagu yang pernah dia nyanyi mahupun cover, aku suka dengar. :)

Jom dapatkan lagu ini di itunes ataupun boleh layan kat spotify.

Yeah, spotify memang cool habis. Aku dengar lagu apa-apa pun memang semua kat spotify.

Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)



Gigih aku menaip lirik untuk lagu ni. Haha. Kalau ada yang silap, nasiblah. ^.^'
Hazama - Sampai Mati

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat
Lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya
Selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat
Tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

8 comments:

  1. ohhhh my pakwerzzzzzz... laguu baru ekk.. kene dengar ni..
    sedihhh nya cite teman lelaki upahan da nak abes.. xdpt nak ngok 'EL' lagi. wuuu XP

    ReplyDelete
  2. lagu ni best :D suka sgt dgr :)

    ReplyDelete
  3. Ohhh, ni rupanya ost drama baru hati perempuan, shad pun tgh cari ost drama ni.. :D
    And, Hazama mmg best lagu dia.. I like..

    ReplyDelete
  4. suka suara hazama =) ehehe..
    dah siap ada drama baru nak ganti drama lama dah..
    adus mmg kenot kejar drama2 ni tv xdok..

    ReplyDelete
  5. Nampak hensem plk hazama kat gmbr atas tu..hahaha..

    ReplyDelete
  6. aku suke semuaaaaa lagu hazama
    suara dia mmg best

    ReplyDelete
  7. Anonymous1/4/15 12:44

    kenapa tajuk lagunya sampai mati ?

    ReplyDelete
  8. Cerita ni best sgt!! :)

    ReplyDelete