Pages

Showing posts with label Lagu Tema. Show all posts
Showing posts with label Lagu Tema. Show all posts

January 16, 2017

Nastia - Rapuh (OST Papa Ricky)

"Bintang malam setia seperti dirimu,
Tetap pudar menghilang tiada gantimu,
Dan ku masih terasa degupan jantungmu,
Tanpamu ku kan rapuh."


Akhirnya release jugak lagu Rapuh yang dinyanyikan oleh kumpulan Nastia. Penat menunggu dan hasilnya memang wow. Hehe. 

Dan Aku teruja bila Nastia merupakan band pertama yang terpilih untuk bernaung dibawah label Faithful Music selepas Hanie Soraya, Aziz Harun, Elizabeth Tan dan Haris Baba.

Buat yang masih tak tahu, Faithful Music ni Faizal Tahir and the geng punya label. So, automatik semua lagu yang dihasilkan oleh FT and the geng best-best. :)

Buat yang masih tak tahu jugak, Nastia ni dah pernah keluar kan sebuah album yang berjudul Esok Belum Tiba. Kepada yang baru nak start follow Nastia, dialu-alukan cari lagu-lagu dorang sebab satu album tu lagu dia semua best. Memang tak tipu sebab aku siap beli la sebab sedap punya pasal.

Nampaknya RAPUH ni boleh masuk dalam playlist untuk minggu ni bagi korang yang rajin update playlist macam aku. Hehe. Demi Rapuh, aku gigih dengar lagu sambil taip lirik. Huhu. Selamat mendengar dan menyanyi dan baca lirik dia sekali. Kbai :)

NASTIA - RAPUH

Darimu ku mengenal erti kekuatanmu
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Terpisah kita
Hanya untuk ku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Terpisah kita
Hanya untuk ku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Rapuh
Tanpamu ku rapuh

Padamu ku mengenal erti kekuatan
Hadirmu semua indah


September 14, 2015

Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Assalamualakum dan salam sejahtera (^.^)

Siapa tengok rancangan Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga setiap ahad jam 9 malam? Best kan. Banyak ilmu yang kita boleh peroleh berdasarkan tazkirah yang disampaikan oleh setiap Da'i. Lagu tema Da'i musim ni pun best. Jom layan. :)


Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Millenia Musim Ketiga

Salam terindah salam dunia
Ada kelembutan untuk semua
Lebarkan doa satu suara
Berpaling menuju bahagia

Bersama kita satu saudara
Laung kejayaan tuju sejahtera
Teguhkan iman teguhkan ihsan
Pastikan menanti sinar disana

Dan segalanya demi masa
Moga terbongkar rahsia
Dan kejayaan pasti milik kita

PadaMu yang Esa
Ku serah segala
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Dan aku berdoa memohon sejahtera
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Aku bersyukur menadah doa
Semua yang terbaik datang darinya
Tunjukkan jalan tuju impian
Moga ada cahaya cinta

Dan segala demi masa
Moga terbongkar rahsia
Dan kejayaan pasti milik kita

PadaMu yang Esa
Ku serah segala
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Dan aku berdoa memohon sejahtera
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Teguhkan iman ku sahut seruan
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi
Terusku berdoa memohon rahmat-Nya
Subhanallah Ya Rahman Ya Rabbi

Subhanallah Alhamdulillah
Maha suci Allahu Akbar

Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

August 20, 2015

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015 - Sehati Sejiwa

Malaysia Sehati Sejiwa


SEHATI SEJIWA

Demi...tanah yang bertuah 
Taman...cinta merdeka...aaa
Kasih...di hatiku ini 
Untukmu...tanah pertiwi...iii
Dari...utara selatan
Juga...timur ke barat
Turut gagah...Sabah Serawak
Se...hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa 

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera

Korus Iban Kadazan
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Lagu : Muhammad Yuri Edris 
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

Muat turun video, lirik, logo dan mp3 di -->

March 26, 2015

Pompa Bensin - Sendiri ( OST Teman Lelaki Upahan)

pompa bensin

Khas untuk semua yang tengah duk mencari lagu ni. hehe. :)

Lagu ni selalu je dengar kalau tengok drama-drama yang diarahkan oleh Azma Aiza Yusuf. Mungkin sebab dah nak last-last episod Teman Lelaki Upahan ni banyak scene sedih dan sayu bagai, aku rasa memang kena pulak lagu ni dimainkan disetiap babak tersebut. Lagi-lagi episod semalam time EL sedih sebab mak dia suruh kahwin dengan Zara. Tak sabar betul nak tengok ending drama TLU ini petang (kalau korang baca entry ni pada 26.03.15). Hoho.

Oh, kepada yang tak kenal lagi Pompa Bensin, boleh klik SINI. Aku lama dah follow band ni sebab ada AG Coco. Haha.

Untuk OST dan lagu yang lain, klik --> OST dan Lagu dalam drama Teman Lelaki Upahan


Pompa Bensin - Sendiri

Sendiri aku masih di sini
Menanti hadirmu yang tak pasti
Sendiri ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

Sendiri kau biarku di sini
Meniti jalan tajam penuh berduri
Sendiri ku tak mampu berlari
Setelah cinta harapan kau dustai

Aku kini... Aku kini...
Aku kini... Aku kini...
Aku kini belajar untuk berdiri

Sendiri... Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

March 23, 2015

OST dan Lagu dalam drama Teman Lelaki Upahan

Greetings to all (^.^)

Tiba-tiba terasa nak update ost dan lagu-lagu yang dimainkan dalam drama Teman Lelaki Upahan. Maklumlah, lepas ni takde dah nak tengok EL dengan Adam buat kelakar. Minggu ni kan minggu akhir. Huhu. Aku tahu, ramai dah yang update ost untuk drama ni. Tapi ada aku kesah? Haha.

Teman Lelaki Upahan

Dah, jom layan lagu. Klik je tajuk lagu kat bawah tu nanti sebab dah letak link siap-siap. Nak letak semua video kang mau panjang berjela post ni jadinya. Haha.













Nastia - Indah Selamanya (takde link)

March 21, 2015

Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)


Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)

Greetings to all (^.^)

Entry ini ditujukan khas buat semua pendengar lagu-lagu Hazama dan juga mereka yang akan menonton drama Hati Perempuan (menggantikan drama Teman Lelaki Upahan) yang akan mula ditayangkan pada 30 Mac 2015 di Slot Akasia TV3.

Drama Hati Perempuan ini juga merupakan adaptasi daripada novel karya Nur Ain Al-Abbas. Drama ini menggandingkan Syarul Ridzwan (Tengku Zaril) dan Mia Ahmad (Yuhanis) sebagai teraju utamanya. Nak tahu best atau tidak, bolehlah try tengok nanti. Masing-masing ada pendapat kan. Huhu.

Yang aku tahu, OST untuk drama Hati Perempuan ini dinyanyikan oleh Hazama. Macam mana aku tahu? Haha. Biasalah, instagram kan ada. Hoho.

Sebagai pendengar lagu-lagu beliau, aku kasi 5/5 bintang untuk lagu Sampai Mati ini. Memang terbaik selepas lagu Relakan Jiwa. Bukan aku nak kata lagu Malaikat tak best, tapi mungkin sebab aku suka dengar Hazama nyanyi lagu yang memerlukan dia menggunakan pitch/tone/suara yang tinggi. Haha. Tapi still semua lagu yang pernah dia nyanyi mahupun cover, aku suka dengar. :)

Jom dapatkan lagu ini di itunes ataupun boleh layan kat spotify.

Yeah, spotify memang cool habis. Aku dengar lagu apa-apa pun memang semua kat spotify.

Hazama - Sampai Mati (OST Hati Perempuan)



Gigih aku menaip lirik untuk lagu ni. Haha. Kalau ada yang silap, nasiblah. ^.^'
Hazama - Sampai Mati

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat
Lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya
Selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat
Tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu