Pages

February 24, 2015

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Greetings to all (^.^)

Akhirnya, lagu ini muncul jua dengan muzik video dan versi studionya. Lagu ini pernah dimainkan di dalam drama Istikharah Cinta. Ia baru sahaja di-release pada 15 Februari yang lalu. So, masih fresh lagi la kan. Sebelum ni memang kalau cari yang versi studio ni memang tak jumpa.

Aku terjumpa official MV ni pun selepas berjalan-jalan di youtube sambil mendengar lagu baru Ippo Hafiz - Rahsia yang akan selalu korang dengar bila menonton drama Teman Lelaki Upahan. Sebab lagu tu OST untuk drama tu. :)

Okay, aku dah tertengok/terlayan TLU sebab watak El dengan Adam kelakar. Kepada yang tak tahu, pengarah TLU dengan KTAR adalah orang yang sama iaitu Azma Aizal Yusoff. So, lagu-lagu dalam drama ni aku dah boleh agak dah. Dan, memang aku layan semua. Haha.

Bagi aku lagu Hujan Sepi ni best sebab apa-apa yang ada berkaitan dengan perkataan "hujan" memang aku suka. Pastu AG Coco pulak selaku producer untuk lagu ni. Pastu lagu ini juga merupakan OST untuk drama berjudul Qaseh Tanpa Suara (coming soon). Dan, MV Hujan Sepi ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof iaitu pengarah drama KTAR dan TLU. Okay, dah.

Jom layan lagu Hujan Sepi. (^.^)

Ost Qaseh Tanpa Suara - Coming Soon 
Official Music Video Hujan Sepi - Ippo Hafiz
Producer - AG Coco
Music Video Produced by Archipelago Music
Directed by Azma Aizal Yusoof

Instagram - http://instagram.com/ippohafiz/
facebook - https://www.facebook.com/ippo.hafiz

Distribute - FMC Music
©2015 Kamarseni Studio / Archipelago Music

Hujan Sepi - Ippo Hafiz

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku, kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini

12 comments:

  1. Best lagu ni. Akk layan juga la sesekali drama TLU tu sbb ada muka2 pelakon baru..x muak la sgt kan ;)

    ReplyDelete
  2. nak dengar lah lepas ni ^^

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lah Teman Lelaki Upahan. tapi lagu hujan sepi ni best juga.

    ReplyDelete
  4. Aku tgk TLU slalu dgr lagu ni..tp xtau sapa nyanyi..hoho

    ReplyDelete
  5. kak wana x layan istikarah cinta ni..jadi x berapa tau pasal lagi ni..huhu..cian kan

    ReplyDelete
  6. menariknya drama2 sekarang dah ada OST official sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous25/2/15 02:27

    Budak !!!! CT suka lagu ni.. tengah bukak utube ni terus cari..
    sedap sedap.. suara dia ahahaha.. memang macam ada mood sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka! Leh layan...leh layan :)

      Delete
  8. tak perasan lagu ni. nak dengar lah :)

    ReplyDelete
  9. Ippo tu nama dia ke?

    ReplyDelete