Pages

March 30, 2015

OST dan Sinopsis Drama Hati Perempuan

Greetings to all (^.^)

Okay, dah terlayan pulak drama ni walaupun baru episod pertama. Haha. Tapi still tak boleh lawan dengan episod pertama Teman Lelaki Upahan yang paling best so far. Maaf, bukan mahu membandingkan, sekadar mengutarakan pendapat. Ayat tak boleh blah sungguh. Haha.

Lepas baca sinopsis, aku rasa drama ni ada keunikannya yang tersendiri macam TLU. So, tunggu jela untuk episod yang seterusnya kepada yang menonton. :)


Hati Perempuan

Sinopsis Hati Perempuan
credit : kepalabergetar2u.blogspot.com

Drama ini mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

link download : kepalabergetar2u.blogspot.com


*****

OST Hati Perempuan
credit : Creative Skill Solution



Aiman - Bunga Dhia

Ernie Zakri - Takkan Pudar


Phoema Band - Wanita Terindah


Zizi - Dulu Pernah Kau Kata


Tustel - Sakitnya Tuh Disini

March 28, 2015

Slot Festival : Telemovie Hajat


Slot Festival : Hajat


SINOPSIS
credit : budiey.com

HAJAT, 29 Mac 2015, 10.00 malam

Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal, semasa berumur 23 tahun. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu ialah rancangan jangka panjang.

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden. Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.
Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Encik Ahmat dan Puan Lijah datang menziarah. Mereka menegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Tok Wan dan Mak Tok mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka.
Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla.
Keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya. Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai?
Pengarah: Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal: Nur Shafikah Kamaruzaman
Olahan Skrip: Azlina Pa’wan
Pelakon: Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari


*****

Dah baca sinopsis? Tak sabar kan nak tengok telemovie ni besok. Huhu. Macam best je sebab ada Didie Alias. Kalau dia lakon mesti kelakar. Pastu mestilah sebab ada EL. Haha. Masih belum move on lagi nampaknya dengan Teman Lelaki Upahan. ^.^'

March 26, 2015

Pompa Bensin - Sendiri ( OST Teman Lelaki Upahan)

pompa bensin

Khas untuk semua yang tengah duk mencari lagu ni. hehe. :)

Lagu ni selalu je dengar kalau tengok drama-drama yang diarahkan oleh Azma Aiza Yusuf. Mungkin sebab dah nak last-last episod Teman Lelaki Upahan ni banyak scene sedih dan sayu bagai, aku rasa memang kena pulak lagu ni dimainkan disetiap babak tersebut. Lagi-lagi episod semalam time EL sedih sebab mak dia suruh kahwin dengan Zara. Tak sabar betul nak tengok ending drama TLU ini petang (kalau korang baca entry ni pada 26.03.15). Hoho.

Oh, kepada yang tak kenal lagi Pompa Bensin, boleh klik SINI. Aku lama dah follow band ni sebab ada AG Coco. Haha.

Untuk OST dan lagu yang lain, klik --> OST dan Lagu dalam drama Teman Lelaki Upahan


Pompa Bensin - Sendiri

Sendiri aku masih di sini
Menanti hadirmu yang tak pasti
Sendiri ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

Sendiri kau biarku di sini
Meniti jalan tajam penuh berduri
Sendiri ku tak mampu berlari
Setelah cinta harapan kau dustai

Aku kini... Aku kini...
Aku kini... Aku kini...
Aku kini belajar untuk berdiri

Sendiri... Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi