Pages

Showing posts with label Ungku Ismail. Show all posts
Showing posts with label Ungku Ismail. Show all posts

March 28, 2015

Slot Festival : Telemovie Hajat


Slot Festival : Hajat


SINOPSIS
credit : budiey.com

HAJAT, 29 Mac 2015, 10.00 malam

Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal, semasa berumur 23 tahun. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu ialah rancangan jangka panjang.

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden. Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.
Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Encik Ahmat dan Puan Lijah datang menziarah. Mereka menegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Tok Wan dan Mak Tok mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka.
Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla.
Keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya. Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai?
Pengarah: Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal: Nur Shafikah Kamaruzaman
Olahan Skrip: Azlina Pa’wan
Pelakon: Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari


*****

Dah baca sinopsis? Tak sabar kan nak tengok telemovie ni besok. Huhu. Macam best je sebab ada Didie Alias. Kalau dia lakon mesti kelakar. Pastu mestilah sebab ada EL. Haha. Masih belum move on lagi nampaknya dengan Teman Lelaki Upahan. ^.^'