January 09, 2017

Hilang

Setahun lebih tak update blog lain macam pulak aku rasa. Habis hilang semua kenalan blogger aku suatu ketika dahulu. Apa khabar semua? Maaf kalau buat korang rasa kehilangan. Ada ke pun yang masih ingat kat aku? :')

Sementara masih di awal januari ini, aku ucapkan selamat tahun baru 2017 buat semua blogger. Semoga tahun ini akan dapat kita tempuh dengan baik hendaknya. 

Macam biasa, aku masih ditemani dengan lagu-lagu kesukaan aku seperti dahulu. Dan aku dah terlayan balik drama korea setelah aku berehat menonton pada tahun 2014. Aku start terjebak balik tahun 2016. Ni semua salah member aku. Tengoklah lepasni aku update entry blog ni dengan cerita apa. Lulz.

Aku start entry tahun 2017 aku dengan lagu Hilang yang dipersembahkan oleh Kumpulan Bittersweet. Salah satu band indie yang aku follow sejak zaman x-fresh.fm dan sejak zaman belajar dulu. Nampak tak jiwa aku tetap muda. Hehe.

p/s : Aku rasa, lirik lagu "hilang" ni macam kena je dengan aku. :')

BITTERSWEET


Bittersweet - Hilang

Kemanakah arah hidupku
Aku pun belum pasti
Segalanya yang ku harapkan
Belum pernah datang dan terjadi

Apakah ini semua
Balasan tentang diriku
Akan ku mencari bintang
Untukku kembalikan sinarnya

Dikala diriku termenung ke arah jendela
Bayanganku hampir-hampir hilang
Telah ku gambarkan saatnya ku menitiskan
Airmata hanya kerana diriku

Inginku jernihkan segalanya
Kehidupan yang membinasakan
Waktunya masih belum terlewat
Untuk aku mengubahkan haluan hidupku ini
Yang penasaran

Dikala diriku termenung ke arah jendela
Bayanganku hampir-hampir hilang
Telah ku gambarkan saatnya ku menitiskan
Airmata hanya kerana diriku

Inginku jernihkan segalanya
Kehidupan yang membinasakan
Waktunya masih belum terlewat
Untuk ku insafkan diri ini

4 comments:

  1. singgah sini..fuhh lama menghilang tu ..welcome back .. semoga sihat, dan terus maju jaya..

    ReplyDelete
  2. Kita kena gubah satu lagu khas utk Budak -- Hilang Setahun tajuknya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang nye tajuk. k kak farrah kena create cord bru :)

      Delete