January 16, 2017

Nastia - Rapuh (OST Papa Ricky)

"Bintang malam setia seperti dirimu,
Tetap pudar menghilang tiada gantimu,
Dan ku masih terasa degupan jantungmu,
Tanpamu ku kan rapuh."


Akhirnya release jugak lagu Rapuh yang dinyanyikan oleh kumpulan Nastia. Penat menunggu dan hasilnya memang wow. Hehe. 

Dan Aku teruja bila Nastia merupakan band pertama yang terpilih untuk bernaung dibawah label Faithful Music selepas Hanie Soraya, Aziz Harun, Elizabeth Tan dan Haris Baba.

Buat yang masih tak tahu, Faithful Music ni Faizal Tahir and the geng punya label. So, automatik semua lagu yang dihasilkan oleh FT and the geng best-best. :)

Buat yang masih tak tahu jugak, Nastia ni dah pernah keluar kan sebuah album yang berjudul Esok Belum Tiba. Kepada yang baru nak start follow Nastia, dialu-alukan cari lagu-lagu dorang sebab satu album tu lagu dia semua best. Memang tak tipu sebab aku siap beli la sebab sedap punya pasal.

Nampaknya RAPUH ni boleh masuk dalam playlist untuk minggu ni bagi korang yang rajin update playlist macam aku. Hehe. Demi Rapuh, aku gigih dengar lagu sambil taip lirik. Huhu. Selamat mendengar dan menyanyi dan baca lirik dia sekali. Kbai :)

NASTIA - RAPUH

Darimu ku mengenal erti kekuatanmu
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Terpisah kita
Hanya untuk ku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Terpisah kita
Hanya untuk ku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Rapuh
Tanpamu ku rapuh

Padamu ku mengenal erti kekuatan
Hadirmu semua indah


4 comments:

  1. Assalamu'alaikum, budak. Lamanya tak menjengah ke mari.
    Budak sihat? Dah kembali aktif nampaknya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak farrah. hehe. alhamdulillah sihat. baru nak cuba kembali aktif. takut je nanti menyahaktifkan diri balik. azam baru nak aktif. harap tercapai. :)

      Delete
  2. Dah dengar lagu ni. Tengok Papa Ricky,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok papa ricky. tapi suka nastia sejak azali. hehe :)

      Delete