Pages

May 10, 2015

Resipi Pau Tradisional Mudah Cepat dan Sedap

Greetings to all (^.^)

Marilah membuat kuih. Hehe. Ini merupakan resipi kedua selepas Resipi Apam Tepung Beras Mudah dan Sedap. Lama betul bertapa kan nak update hal-hal berkaitan resipi ni. Buat kuih je pun. :')

Kuih pau ni merupakan antara kuih yang selalu aku buat atas permintaan tekak. Hehe. Padahal kuih ni la yang paling senang, sedap dan seronok dimakan dengan inti kat dalam dia. Sekarang ni tengah ada stok inti kacang merah so, senang lah nak buat. Kalau takde stok, aku buat sendiri je inti kacang merah. Jangan tak tahu, inti kacang merah aku pun guna cara paling senang kat dunia. Tak payah nak rendam kacang merah bagai. Biasalah, orang kurang rajin. Hoho. Nak resipi ke?

Okaylah, jom layan resipi pau goreng/kukus dibawah ini. Terima kasih kepada pemilik blog reenkhan7067.blogspot.com kerana berkongsi resipi yang mudah dan menjadi itu yang pasti. Jimat masa dan bahan yang digunakan pun senang nak cari.

Aku selalu kukus je pau tu sebab kita kan kena kurangkan makanan bergoreng. :p

Resipi Pau Tradisional Mudah Cepat dan Sedap

PAU GORENG/KUKUS
sumber resipi : reenkhan7067.blogspot.com

Bahan-bahan (menghasilkan 20-25 biji)
500gm tepung gandum
60gm gula halus
½ sudu kecil garam
70ml minyak sayur/makan
1 paket instant yeast
230ml air paip

Cara-cara
1. Mula-mula satukan yeast ke dalam 230 ml air (kacau sikit dan ketepikan).
2. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan minyak sedikit-sedikit dan gaul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit-sedikit dan uli hingga lembut dan tak melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung dan sekiranya kering masukkan sedikit lagi minyak.
5. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
6. Bulat-bulatkan doh dan isi inti kesukaan masing-masing.
7. Goreng pau 1/2 masak dan simpan dalam freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dalam freezer untuk pau kukus instant.
8. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, coklat dan lain-lain.
9. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer. Jika tiada food mixer jom kita menguli manual sahaja.

P/S :
Aku tak pernah try buat pau ni jadi pau goreng/kukus instant. Selalu aku kukus je terus dalam 10-15 minit. Lagipun tak sampai sehari dah habis makan. Hehe. Selamat mencuba semua. :)

12 comments:

  1. Sedapnya kalau dapat buat ni :)

    ReplyDelete
  2. xprnh buat pau.. beli pau segera pastu kukus pastu makan.. haha..

    ReplyDelete
  3. Pau adalah feveret especially pau sambal !
    Aku suka buat inti cendawan + kentang + serbuk kari... macam heaven plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen Sha, rasa nak makan pau & pie terus datang membuak-buak!

      Delete
  4. Mai sepinggan, budak!

    ReplyDelete
  5. sedapnya...nak seketul!hehe

    ReplyDelete
  6. kuih paling khaty suka buat dan makan..

    ReplyDelete
  7. yeayyyy!!! akhirnya budak share resepi lagi kat blog..bagus2..nak resepi lain2 lagi..hehe..boleh tak?

    ReplyDelete
  8. ttb tingat lak time kita wasap dulu Budak tengah buat pau.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Anonymous7/3/16 14:32

    resepi pau yang terbaik kipidap

    ReplyDelete
  10. 1 packet yeast mauripan berapa gram sbb i tak guna brand tu, sini takde.

    ReplyDelete