May 06, 2015

Nastia - Cinta Sempurna (OST Puteri Bukan Nama Sebenar)

Greetings to all (^.^)

Siapa yang layan drama Puteri Bukan Nama Sebenar perasan tak lagu ni ada main? Hehe. Kalau pernah tengok Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan pun ada jugak lagu-lagu kumpulan Nastia ni main. Terima kasih diucapkan kepada Azma Aizal Yusoof selaku pengarah kepada ketiga-tiga drama tersebut sebab selalu mainkan lagu-lagu Nastia. Hehe. I like. :)

Aku tak pernah jumpa pun Nastia tapi aku suka dengar lagu-lagu dorang. Bagi aku, kekuatan lagu-lagu dorang terletak pada lirik. Lirik dorang ada sesuatu yang nak disampaikan. Mungkin korang akan setuju kalau korang dengar satu album dorang. Huhu.

Nak mudah, korang layan lagu Cinta Sempurna ni. Tengok lirik dia yang mengancam. Hehe. Penat jugak la menyalin lirik sambil dengar lagu. Haha. Kang sambil-sambil tengok PBNS mesti rasa nak menyanyi sekali. 

Pendapat aku, lagu Cinta Sempurna ni lagu gembira. Lagu cinta untuk kita-kita semua. Jom layan. :)

Esok Belum Tiba



Nastia - Cinta Sempurna

Langkah bermula
Kita bersama
Mencari cinta setulus cintanya

Berbeza warna
Namun serupa
Dambakan rasa indahnya dicinta

Benarkah begitu
Kita kan menyatu

Hilangkan resah
Genggam tanganku
Warnai cintamu

Dan bila
Awan pun turut bahagia
Dan bila
Angin membawa khabarnya
Cinta sempurna
Saling merasa selamanya

Hari berganti
Bulan mentari
Ramahnya langit bersama bumi

Tua disanjung
Muda dimanja
Tak akan mendung sebelum senja

Begitulah kita
Sempurnakan cinta
Teguh berdiri saling melengkapi
Warnai kan cinta

Dan bila
Awan pun turut bahagia
Dan bila
Angin membawa khabarnya
Cinta sempurna
Saling merasa selamanya

Padanya kita berserah
Hidup adalah anugerah
Kita satu tiada bezanya

Demi Dia ku bersumpah
Tiada ruang tuk berpisah
Dan pintaku
Warnai cinta Nya

1 comment: