May 12, 2015

Telemovie Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya. Demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)“. (Al An’aam : 162-163)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera (^.^)

Bila tengok tajuk telemovie ni terus teringat pada petikan ayat diatas. Ayat ini jugalah yang selalu kita lafazkan ketika menunaikan solat seharian.

Baca sinopsis telemovie ni teringat tentang kisah Nabi Ayub yang pernah diuji dengan penyakit kulit. Moga ada ibrah/pengajaran yang akan kita peroleh nanti.

Andai berkelapangan, silalah tonton. Sekian. :)

Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

SINOPSIS

Telemovie Hidupku Solatku Matiku menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin iaiatu watak Sharnaaz dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela. - astrogempak        


Saksikan #HidupkuSolatkuMatiku lakonan Sharnaz Ahmad, Fasha Sandha, Puteri Balqis pada 16 Mei 2015 (Sabtu) jam 10 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.




Telemovie Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

Tonton online --> myflm4u.com

5 comments:

  1. Moga jadi pengajaran. In Sha Allah

    ReplyDelete
  2. SA berlakon la. Baru ada jiwa nak tengok.. Ahakss..

    ReplyDelete
  3. citer yang penuh dengan pengajaran..

    ReplyDelete
  4. lakonan SA memang best..

    ReplyDelete