Pages

Showing posts with label Whatever You Say I Am/I'm OK. Show all posts
Showing posts with label Whatever You Say I Am/I'm OK. Show all posts

May 06, 2015

Review : Whatever You Say I Am/Im OK by Anwar Hadi

Whatever You Say I Am/I'm OK by Anwar Hadi

Greetings to all (^.^)

Maaf andai mengambil masa yang agak lama untuk update entry berkaitan review buku ini. Jujurnya, aku jarang sebenarnya membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kerana aku akan mengambil masa yang lama untuk membaca. Haha. Senang cerita, BI aku tak terer mana. So, nak baca tu kena kasi faham betul-betul. Tak payah nak cover line sangat kan.

Tapi demi buku Whatever You Say I Am/Im OK ini, aku gagahkan diri untuk meng-khatam-kan ia dalam masa yang tidaklah terlalu lama. Macam-macam yang aku dapat dalam buku ni. Walaupun ia hanyalah catatan-catatan pendek yang diambil daripada blog Anwar Hadi, aku masih rasa buku ni best. Sebab aku jarang baca blog beliau. :')

Untuk makluman kepada yang masih belum memiliki buku ini, ia terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk fiksyen dan satu lagi bahagian untuk bukan fiksyen.

Kalau tanya aku bahagian mana yang lebih menarik, aku pilih bahagian bukan fiksyen. Bahagian ni aku rasa lebih dekat dengan kehidupan sekeliling kita. Ada masanya, aku tersenyum sorang-sorang dan ada masanya, aku sentap sorang-sorang ketika membaca buku ini. Haha. Serius, korang kena baca kalau nak alami perasaan itu. :p

Secara peribadi, aku bagi 4/5 bintang untuk buku ni. Kalau semua cerita dalam ni bukan fiksyen, maybe aku boleh bagi 5/5 bintang kot. :)

"You can dislike any book/music/person/thing you want. But if that thing has something beneficial to impart, take it. Use it to propel yourself to become better and hopefully more successful."
Antara ayat yang paling aku suka dalam buku Whatever You Say I Am/Im OK. :) 

March 03, 2015

Whatever You Say I Am/I'm OK by Anwar Hadi

Whatever You Say I Am/I'm OK by Anwar Hadi

'Whatever You Say I Am/I'm OK' adalah buku berkembar oleh Anwar Hadi dengan bahagian 'Whatever You Say I Am' menghimpunkan tulisan non fiksyen dan bahagian 'I'm OK' mengumpulkan tulisan fiksyen.


+++++

Smart kan cover buku Whatever You Say I Am/I'm OK. Aku dah beli dah. Baru je sampai tadi. Tak sabar nak baca. (^.^)

Jom like page Whatever You Say I Am/I'm OK dan Rabak-Lit untuk maklumat lebih lanjut. Boleh jugak try dengar snippet untuk buku ini terlebih dahulu seperti yang telah dikongsikan diatas.

Kepada yang tak kenal siapakah Anwar Hadi, boleh try layan video beliau di IniAnwarHadi. Yang aku tahu 'Whatever You Say I Am' tu memang nama blog beliau. Boleh terjah di anakazman.blogspot.com. Dia pun ada update pasal buku ni kat blog dia.

Berminat? Sila beli. :)
Dah beli? Selamat membaca. =)
Tak minat membaca? Takde sapa nak paksa. :p