Pages

May 11, 2015

RubberBand lakonan Beto Kusyairy dan Sara Ali (Slot Iris TV3)


Beto Kusyairy
gambar sekadar hiasan :)

Jom layan teaser untuk drama RubberBand yang akan mula ditayangkan pada 18 mei ini dalam slot iris. Aku excited nak tengok sebab Beto kot yang berlakon. Hehe. Kira Rubber Band ni bakal menggantikan drama Tuan Rumah Pembantu Rumah.

Lama tak tengok Beto lakon drama bersiri kan. Selalu lakon dalam telemovie je. Kali ni Beto Kusyairy akan bergandingan dengan Sara Ali. Terus teringat dorang pernah lakon sama-sama dalam drama bersiri Wasiat. Pernah tengok? Sedap jugak cerita tu. Hehe.

Okay, jangan lupa tonton RubberBand mulai 18 mei, setiap isnin hingga khamis, jam 6.30 petang, hanya di TV3. Cuba tengok lakonan Beto dari sudut yang berbeza pulak. :)

p/s : Gigih mencari balik lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku lepas dengar Beto nyanyi. Hehe.

5 comments: