"Kakinya selayaknya teguh berdiri tanpa perlu diangkat tinggi untuk terus berlari."
Seyogia
Sebuah novel tulisan Amal Hamsan terbitan Lejen Press. Amal Hamsan sebelum ini menulis antologi Heroin dan juga Dabel Date, kedua-duanya juga terbitan Lejen Press.
Description
Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sama, namun hujungnya jelas tiada persamaan.
Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
Maksud Sayugia

Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya. - Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP
Review aku yang tak berapa pandai nak review
Aku dah lama baca buku ni. Sekitar penghujung tahun 2014 yang lalu barangkali. Sekarang baru nak review. Bertuah punya BUDAK. Hoho. Aku tak pernah membataskan genre pembacaan aku sebenarnya. Mana buku yang aku rasa nak baca, aku akan baca. Lepas ni kalau aku review novel cinta, nasiblah. Haha.
Kalau korang belum baca Seyogia, aku sarankan korang patut baca. Kalau korang jenis suka bukulah. Kalau tak suka tak payah baca. Huhu. Aku suka jalan ceritanya. Menitis jugaklah air mata setitis dua. Haha. Kantoi pulak. Tapi aku tak baca lagi Heroin dengan Dabel Date. Dengar cerita, best jugak. Tunggulah nanti kalau ada wang lebih sikit. Hehe.
Bagi aku, watak Jard dalam Seyogia ni mengingatkan aku dengan watak Farish dalam Bayang tulisan Nami Cob Nobbler. Jangan risau, jalan cerita langsung tak sama. Yang sama cuma penerbitnya sahaja iaitu Lejen Press. Cuma aku je yang tiba-tiba nak teringat. Mungkin sebab watak Jard dan Farish yang tak berapa nak ada kawan kot.
Paling aku suka dalam Seyogia ni part Jard dengan abang dia. Untung Jard ada abang macam tu. Tapi nanti abang dia mati. Bukan senang nak hidup dalam dunia Jard dan abang dia ni. Mak bapak dorang lain macam. Kira macam keluarga tak bahagia langsung.
Aku pernah jugak ada sorang member lahir-lahir dah duduk dengan nenek dan atuk dia sebab mak bapak dia tak nak jaga. Tapi adik-adik dia okay je duduk dengan mak bapak dia. Kisah mungkin lain tapi lebih kurang la jalan cerita dia.
So, bersyukurlah dikurnia mak bapak yang ambil berat tentang kita. Nak tahu lebih kisah Jard, beli dan bacalah Seyogia. Sekali sekala baca buku tak berapa nak fantasi okay jugak. :)
Tahniah Amal Hamsan kerana berjaya menghasilkan novel Seyogia ini. (^.^)
datang melawat...
ReplyDeletejemput singgah ke blogshop kami.
kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
kami turut menjual perfume original (tester & miniature).
Ah, tiba-tiba nak beli. Haha
ReplyDeleteCik Budak ni, memang sengaja kan. Huhu
ReplyDelete