Pages

May 16, 2015

Telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang (Skrin di 9)

Telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera (^.^)

Kalau tengok skrin di 9 minggu lepas, kita jumpa Siti Saleha dengan Remy Ishak dalam Parut Sarajevo. Minggu ni kita jumpa pulak Siti Saleha dengan Beto Kusyairy dalam Ada Sejadah Panjang Terbentang. :)

Sinopsis

Kisah Rosham membilang hari untuk menjadi raja sehari, menanti Siti Aishah yang menjadi rebutan ramai, termasuklah Azmi. Dendam syaitan menyebabkan Azmi menyimbah sebotol asid ke muka Siti Aishah. Rosham hilang punca dan mula menjejak Azmi terus membunuhnya. Rosham dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan dituduh sebagai pembunuh.

Nak tau lebih lanjut tentang telemovie ini, sudi-sudikan lah menonton. Jom layan promo dulu.
p/s : Beto dengan Sally lakon kenalah tengok kan. hehe. :)

Promo Telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang (Skrin di 9)

Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi Pertiwi

May 13, 2015

Andai Bumi Tulip Takdirku (TV Al-Hijrah)

Greetings to all (^.^)

Jom tonton drama bersiri Andai Bumi Tulip Takdirku pulak. ABTT ini menggantikan drama Dalam IradatMu yang baru sahaja selesai ditayangkan semalam. Sementara nak tunggu minggu depan, jom layan promo dulu. :)

+++++

Andai Bumi Tulip Takdirku (TV Al-Hijrah)

Andai Bumi Tulip Takdirku (TV Al-Hijrah)
Mulai 19 Mei, Setiap Selasa, jam 10.00 malam, hanya di siaran 114, TV Al-Hijrah.

Andai Bumi Tulip Takdirku (TV Al-Hijrah)

"....sekurang-kurangnya, biarlah si dia dapat melihat betapa indahnya Islam melalui perbuatan, perlakuan dan juga kata-kata yang baik dari awak...."

Nantikan kemunculan Keith Foo dan Wawa Zainal dalam drama bersiri terbaru TV AlHijrah, mulai 19 Mei 2015, setiap Selasa, jam 10 malam. Terus setia bersama 114. Turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifli, Faye Kusairi, Airel Zafrel dan ramai lagi. :)






Teaser Montage

May 12, 2015

Telemovie Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya. Demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)“. (Al An’aam : 162-163)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera (^.^)

Bila tengok tajuk telemovie ni terus teringat pada petikan ayat diatas. Ayat ini jugalah yang selalu kita lafazkan ketika menunaikan solat seharian.

Baca sinopsis telemovie ni teringat tentang kisah Nabi Ayub yang pernah diuji dengan penyakit kulit. Moga ada ibrah/pengajaran yang akan kita peroleh nanti.

Andai berkelapangan, silalah tonton. Sekian. :)

Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

SINOPSIS

Telemovie Hidupku Solatku Matiku menyingkap keperitan hidup dialami oleh Nordin iaiatu watak Sharnaaz dengan tabah. Penyakit kustanya membuatkannya dihina oleh orang kampung.

Sejak dari itu, solat menjadi perisainya. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana ihsan hati jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian jemaah mereka.

Bukan itu sahaja, Nordin diuji diberi isteri seperti Lela yang kerap menggegarkan ‘tiang arash’. Namun segalanya ditempuh dengan rela. - astrogempak        


Saksikan #HidupkuSolatkuMatiku lakonan Sharnaz Ahmad, Fasha Sandha, Puteri Balqis pada 16 Mei 2015 (Sabtu) jam 10 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.




Telemovie Hidupku Solatku Matiku (Astro Oasis)

Tonton online --> myflm4u.com