Greetings to all (^.^)
Sebenarnya, aku macam dah tak sabar nak tengok drama adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni. Lepas dapat tahu Shukri Yahaya memegang watak hero dalam drama ni terus aku laju-laju cari novel CCDET ni. Novel dia memang best. Asyik senyum je bila masuk part Daniel dan Puteri. Tak berapa nak cliche sangat kot jalan cerita dia. Lagi best dari Cik Bunga dan Encik Sombong walaupun kedua-dua novel tersebut hasil tulisan penulis yang sama (sekadar pendapat aku sahaja). Selalu kan kalau cerita yang berkaitan dengan Cinderella mesti heroin adalah seorang yang dibuli oleh mak tiri dan kakak tiri dia kan. Tapi dalam cerita ni heroin pulak buli kakak tiri dia. Kira macam watak Puteri adalah seorang yang berani dan tidak gentar menghadapi manusia-manusia jahat disekelilingnya. Haha. Puas hati aku baca novel macam ni. :')
Kalau korang pun jenis memilih nak baca novel, novel CCDET ni okay kot. Sebab Shukri Yahaya hero. Haha. Tahniah Shuk sebab dah nak kahwin dengan Tya. Jangan risau, aku tetap suka tengok kau berlakon. :)
*****
SINOPSIS NOVEL
Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?
*****
credit : infotaip.blogspot.com
JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : -
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
WATAK PELAKON
Zahirah Macwilson sebagai Puteri
Shukri Yahaya sebagai Daniel
Shah Iskandar sebagai Ashraf
Puteri Aishah sebagai Sha
Dato' Eizlan Yusof sebagai En Megat
Aleeza Shadan sebagai Pn Noraini
Aida Khaleeda sebagai Umi
Sherry Al Hadad sebagai Kak Tim
Zulin Aziz sebagai Jee
No comments:
Post a Comment