Biar mati ku mencuba demi bahagia
Biar sakit dilukai dapat ku rasa
Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
Biar selamanya mencari cinta sejati
Biar sakit dilukai dapat ku rasa
Biar nadi ku terhenti demi ke syurga
Biar selamanya mencari cinta sejati
Assalamualaikum dan salam sejahtera (^.^)
Dah tengok official music video SEJATI? Seriously, first time aku tengok memang air mata mengalir tiba-tiba. Deep betul jalan cerita dia. Memang kena dengan lirik lagu. Jalan cerita senang nak faham dan yang penting mesej dia sampai.
Apa yang aku dapat daripada music video ni :
- Jangan kita menghina dan memandang rendah kepada mereka yang lebih susah dari kita. Susah mana pun orang tu mungkin dia lagi berhati mulia dari kita yang punya harta.
- Dalam rezeki yang kita peroleh, bukan semuanya milik kita. Dengan bersedekah tidak menjadikan kita papa kedana.
- Susah dan senang mana pun kita, sentiasa ingat Allah itu sentiasa ada. Dan sentiasa bersyukur apa adanya.
Moga kita semua berlumba-lumba membuat kebaikan untuk bekalan disana kelak. Moga kita sentiasa terus mencari cinta sejati kita iaitu cinta pada Allah yang satu.