Pages

Showing posts with label Ippo Hafiz. Show all posts
Showing posts with label Ippo Hafiz. Show all posts

February 24, 2015

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Ippo Hafiz - Hujan Sepi (Official Music Video)

Greetings to all (^.^)

Akhirnya, lagu ini muncul jua dengan muzik video dan versi studionya. Lagu ini pernah dimainkan di dalam drama Istikharah Cinta. Ia baru sahaja di-release pada 15 Februari yang lalu. So, masih fresh lagi la kan. Sebelum ni memang kalau cari yang versi studio ni memang tak jumpa.

Aku terjumpa official MV ni pun selepas berjalan-jalan di youtube sambil mendengar lagu baru Ippo Hafiz - Rahsia yang akan selalu korang dengar bila menonton drama Teman Lelaki Upahan. Sebab lagu tu OST untuk drama tu. :)

Okay, aku dah tertengok/terlayan TLU sebab watak El dengan Adam kelakar. Kepada yang tak tahu, pengarah TLU dengan KTAR adalah orang yang sama iaitu Azma Aizal Yusoff. So, lagu-lagu dalam drama ni aku dah boleh agak dah. Dan, memang aku layan semua. Haha.

Bagi aku lagu Hujan Sepi ni best sebab apa-apa yang ada berkaitan dengan perkataan "hujan" memang aku suka. Pastu AG Coco pulak selaku producer untuk lagu ni. Pastu lagu ini juga merupakan OST untuk drama berjudul Qaseh Tanpa Suara (coming soon). Dan, MV Hujan Sepi ini diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof iaitu pengarah drama KTAR dan TLU. Okay, dah.

Jom layan lagu Hujan Sepi. (^.^)

Ost Qaseh Tanpa Suara - Coming Soon 
Official Music Video Hujan Sepi - Ippo Hafiz
Producer - AG Coco
Music Video Produced by Archipelago Music
Directed by Azma Aizal Yusoof

Instagram - http://instagram.com/ippohafiz/
facebook - https://www.facebook.com/ippo.hafiz

Distribute - FMC Music
©2015 Kamarseni Studio / Archipelago Music

Hujan Sepi - Ippo Hafiz

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku, kau menjelmalah

Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti

Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini