Pages

October 14, 2015

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff
Greetings to all (^.^)

Ini lagu power bilamana tiga insan seni bergabung didalam sebuah lagu. Terubat rindu pada Malique walaupun suaranya hanya berkumandang menerusi bait lirik yang dinyanyikan oleh tiga girl power ini. Yeah, Kak Fynn, Zizi dan Kaka memang terbaik.

Buat yang masih tercari-cari maksud Levitasi, nah aku copy dari instagram Kak Fynn. :)

FAQ: levitasi = levitation. keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar.

kerana hakikatnya di situlah kita. di antara.

antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti.

kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai.


Levitasi - Fynn Jamal, Zizi Kirana & Kaka Azraff

Intro (Fynn Jamal)

demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)

Verse 1 (Fynn Jamal)

lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan

biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

Verse 2 (Kirana)

sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung

dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

(Bridge : Puisi Fynn Jamal)

entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...

Verse 3 (Kaka)

kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan

dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang esa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff

October 12, 2015

Cinta Si Wedding Planner (Slot Akasia TV3)

Cinta Si Wedding Planner (Slot Akasia TV3)

Klik link di bawah untuk bacaan awal

Greetings to all (^.^)

Ini berita baik buat semua pembaca novel Cinta Si Wedding Planner. CSWP akan diadapatasi ke drama bersiri yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2016 menerusi slot Akasia di TV3. Ramai yang kata novel CSWP ni best. Aku dalam proses nak cari, beli dan baca. :)

Aku excited nak tengok CSWP sebab Mira Filzah terpilih untuk menjadi heroin dalam drama ni. Mira akan digandingkan dengan Adi Putra yang memegang watak hero. Lagi la tak sabar nak tengok. Kan. Thanks Mira sebab sudi tag kita. You can do it Izara Batrisya. :)

Cinta Si Wedding Planner (Slot Akasia TV3)

PELAKON
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz

SINOPSIS NOVEL
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA 
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ
“For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” 
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?


Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot Lestary TV3)

Cik Cinderella dan Encik Tengku (Slot Lestary TV3)

Greetings to all (^.^)

Sebenarnya, aku macam dah tak sabar nak tengok drama adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni. Lepas dapat tahu Shukri Yahaya memegang watak hero dalam drama ni terus aku laju-laju cari novel CCDET ni. Novel dia memang best. Asyik senyum je bila masuk part Daniel dan Puteri. Tak berapa nak cliche sangat kot jalan cerita dia. Lagi best dari Cik Bunga dan Encik Sombong walaupun kedua-dua novel tersebut hasil tulisan penulis yang sama (sekadar pendapat aku sahaja). Selalu kan kalau cerita yang berkaitan dengan Cinderella mesti heroin adalah seorang yang dibuli oleh mak tiri dan kakak tiri dia kan. Tapi dalam cerita ni heroin pulak buli kakak tiri dia. Kira macam watak Puteri adalah seorang yang berani dan tidak gentar menghadapi manusia-manusia jahat disekelilingnya. Haha. Puas hati aku baca novel macam ni. :')

Kalau korang pun jenis memilih nak baca novel, novel CCDET ni okay kot. Sebab Shukri Yahaya hero. Haha. Tahniah Shuk sebab dah nak kahwin dengan Tya. Jangan risau, aku tetap suka tengok kau berlakon. :)

*****
SINOPSIS NOVEL

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS… 

Babe (Dia panggil aku babe.) 

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.) 

Okey (Aku nak.) 

Kat mana (Dia tanya.) 

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

*****

JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : -
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -

WATAK PELAKON
Zahirah Macwilson sebagai Puteri
Shukri Yahaya sebagai Daniel
Shah Iskandar sebagai Ashraf
Puteri Aishah sebagai Sha
Dato' Eizlan Yusof sebagai En Megat
Aleeza Shadan sebagai Pn Noraini
Aida Khaleeda sebagai Umi
Sherry Al Hadad sebagai Kak Tim
Zulin Aziz sebagai Jee

HUJAN - Pemicu Gila

Greetings to all (^.^)

Jom layan lagu terbaru dari kumpulan Hujan sempena #HUJAN10TAHUN. :)

Rasa excited sebab aku membesar dengan Hujan kot. Zaman sekolah menengah layan lagu dorang. Memang power habis. Tak sangka dah 10 tahun dorang dalam industri muzik tanah air. Dan bagi aku dorang masih sama macam dulu-dulu.

Apa-apa pun, tak kan hilang raingers di dunia kan. Moga Hujan terus gah berada dipersada seni tanah air. Bukan mudah nak sampai di tahap ini.

HUJAN 10 TAHUN



Masa yang kau nanti-nanti berdirilah bersama inilah waktunya
Saksi tinggi rendah langit mengisi langkahmu menuju ke gelanggang
Percaya, bukannya suka-suka, kitalah bahaya

Bangga yang mereka rasa kau tahu itulah kelemahan sebenar
Lemah belum tentu kalah berdiam diri ku tahu kaulah pemusnah
Percaya, bukannya suka-suka, kitalah bahaya

Ketepikan semua yang ada
Jangan henti kita belasah saja
So come on ! So come on ! So come on !

Dan pastikan mereka sedar 
Kita akan takluk segalanya
So come on ! So come on ! So come on !


HUJAN 10 TAHUN

https://www.hotlink.com.my/ms/livelifeloud/hujan.html