Pages

April 12, 2015

Kumpulan Cerpen URBAN Terbitan FIXI Sempena PBAKL 2015

Greetings to all (^.^)

Aku dah macam pantang nampak perkataan EDISI TERHAD sekarang ni. Nampak je mesti aku akan rasa rugi kalau tidak memiliki. Huhu. Tapi, buku jela. Kalau barang lain yang edisi terhad aku tak pandang sangat. Mungkin sebab buku tidak dikenakan cas GST. Hoho. :p

Kalau nak diikutkan, Cerpen Terbaik 2014 aku tak habis baca lagi ni. Tapi takpe sebab buku takde tarikh luput kan. Bila-bila pun boleh baca. Haha. Pastu cover buku keluaran FIXI tak pernah tak smart. Asyik smart je memanjang tu yang macam rugi kalau tak beli.

Dan, yang lagi best, buat pertama kalinya, FIXI nak keluarkan ebook untuk URBAN ni secara percuma. Suka tak? Hehe. Tapi kalau dapat beli yang versi cetak, confirm lagi puas hati kan. Tapi kalau dah takde rezeki nak buat camne. So, lepas ni takdelah frust sangat kot sebab ebook kan ada. :)

Mohon buat ebook untuk KOPI, BOLA dan KLCC pulak pasni. Haha. Aku takde buku tu. Nak sangat baca cerpen-cerpen dalam tu. Ke ada sesiapa nak bagi/jual kat aku? :)

Tahniah FIXI diatas pembukaan kedai fizikal di Petaling Jaya. Siapa yang dekat, bolehlah lepak situ. Aku lepak kat website je mampu. Huhu.

Kumpulan Cerpen URBAN terbitan FIXI sempena PBAKL 2015

Credit : BukuFixi
Tajuk: URBAN
Penulis: Azrin Fauzi
Mukasurat: 176
Harga: RM15

Sinopsis:
URBAN ialah edisi terhad yang diinspirasi oleh roh 16 kota di Malaysia. Ada cerpen yang realis, ada yang minimalis, ada yang futuris, dan ada yang akan membuat kita kata “cis”. Azrin Fauzi sebelum ini pernah memuatkan cerpen dalam antologi Fixi KLCC (2013) dan Malam (2014). Urban dicetak 3,000 unit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 dan takkan diulangcetak. Untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau, buku ini akan turut disediakan sebagai ebook percuma (ya, percuma!) serentak dengan tarikh mula jualan.
Kandungan:

1. Hari Terakhir di Kota Kinabalu
2. Zeus Turun di Johor Bahru
3. Whodunnit (I): Putrajaya
4. Kangaq, Aku Mai!
5. Subuh Tak Berembun di Seremban
6. Georgetown
7. Gudbai, Neo-Melaka!
8. Whodunnit (II): Epilog Ipoh
9. Benarkah Kita Pernah Berjumpa di PJ?
10. Kuantan, Perfidia
11. Shah/Alam
12. Malam-Malamku di Alor Setar
13. Malu-Malu Kuching
14. Kota(K)uala Lumpur
15. Rendezvous di Kota Bharu
16. Kuala Terengganu, Tango, Etsetera, Etsetera

Majlis pelancaran: 22 April 8pm di KedaiFixi
Dijual di PBAKL

15 comments:

  1. Baca perkata2 macam ni... rindu sangat waktu aku aktif membaca dulu... macam2 bahan aku baca... tak suka perkara yang terlalu cliche... suka sangat bahan yang mencabar minda...

    emm.. Uda sihat? lamanya tak aktif menjenguk sini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tak membaca ke? hehe. aku memang pantang nampak buku sebenarnya. lagi2 kalau buku edisi terhad. :)

      Delete
  2. Wah..beli buku lagi budak? Kak wana belum ada masa nak teruskan hobi membaca buat masa sekarang ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. beli selalu. baca tak habis lagi. :)

      Delete
  3. Kau memang peminat Tegar FIXI kan..hehe..aku x berapa minat sangat :)

    ReplyDelete
  4. Dulu aku tak layan fixi.. amenda fixi tu .. sekarang aku gila fixi.. aku pun pantang nampak "edisi terhad" or "best seller".. Tersa rugi tak beli... naaaaaa.. Tapi susah la nk p kedai buku, pakai online ja tpi tu la duit pos lgi.. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko terpengaruh dengan aku ke layan fixi? hehe. lama tak wassap beb :)

      Delete
  5. Bestnya!!! Samalah kita cik budak oiii! Buku belum habis baca dah bantai gi beli buku baru! Huahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kan. takpe buku takde expired date :)

      Delete
  6. minat dengan fixi, tapi more on lejen. apa-apa pun kedua dua terbhoik . haha

    ReplyDelete
  7. so far.. aaahak.. so7 je la eh kita sebulu =P

    ReplyDelete