Pages

Showing posts sorted by relevance for query terbaik dari langit. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query terbaik dari langit. Sort by date Show all posts

April 12, 2015

Terbaik Dari Langit dinobat sebagai Filem Terbaik AIFFA 2015

Greetings to all (^.^)

Tahniah Terbaik Dari Langit kerana telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) semalam. Dan tahniah juga buat Bront Palarae yang memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Bront memang layak.

Moga lepas ini akan ada lagi anugerah yang menanti hendaknya. Aku rasa inilah filem terbaik di Malaysia setakat ini. :)

Filem Terbaik AIFFA 2015 : Terbaik Dari Langit


KUALA LUMPUR: Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila  tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu (11.04.15).

October 14, 2015

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff
Greetings to all (^.^)

Ini lagu power bilamana tiga insan seni bergabung didalam sebuah lagu. Terubat rindu pada Malique walaupun suaranya hanya berkumandang menerusi bait lirik yang dinyanyikan oleh tiga girl power ini. Yeah, Kak Fynn, Zizi dan Kaka memang terbaik.

Buat yang masih tercari-cari maksud Levitasi, nah aku copy dari instagram Kak Fynn. :)

FAQ: levitasi = levitation. keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar.

kerana hakikatnya di situlah kita. di antara.

antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti.

kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai.


Levitasi - Fynn Jamal, Zizi Kirana & Kaka Azraff

Intro (Fynn Jamal)

demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)

Verse 1 (Fynn Jamal)

lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan

biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

Verse 2 (Kirana)

sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung

dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

(Bridge : Puisi Fynn Jamal)

entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...

Verse 3 (Kaka)

kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan

dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang esa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff

April 02, 2015

Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)


Skrin di 9 : Aku, Dia dan Tong Gas (2015)

Aku, Dia dan Tong Gas is the sequel to Playground Productions' first telemovie, Aku, Dia dan Tong Sampah. It continues the adventures of Amir and Sharnaz.

Sharnaz (Siti Saleha) dan Amir (Beto Kusyairy) telah berkahwin. Mereka mengambil keputusan untuk berbulan madu di kampung bersama Tok Wan (Fauziah Nawi). Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah Sharnaz bertemu Melati (Nadiya Nisaa), rakan lama Amir.

Lakonan : Beto Kusyairy, Siti Saleha, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Zaidi Omar, Fauziah Nawi, Projek Disko Baldi

*****


Semua pelakon best-best nampaknya. Promo pun dah keluar kat TV. So, jangan lupa tonton telemovie Aku, Dia dan Tong Gas ini pada 06.04.15 (Isnin), jam 8.30 malam hanya di TV9 Malaysia.

Drama yang pernah dihasilkan oleh Playground Production sebelum ini ialah, Aku, Dia dan Tong Sampah, 90 Hari dan Migrasi. Dan yang terbaru, Aku, Dia dan Tong Gas. (Semuanya ditayangkan di slot Skrin di 9).

Bagi aku, kesemua drama terbitan Playground Production best-best. Mungkin aku rasa mereka punya idea yang kreatif  untuk menjadikan cerita itu nampak jiwanya dan sampai kepada penonton dengan cara yang santai.

Paling aku suka, Migrasi. Ada benda yang boleh kita dapat bila tengok cerita macam tu. Cerita tentang hubungan adik-beradik yang tak sehaluan. Watak Taufik dengan Hidayat tu memang menjadi.

Aku, Dia dan Tong Sampah pulak, aku nampak keunikan dia bila Amir tu sempoi je bawak kereta saga. Nampak retro gitu. Nak kata dia miskin tak pun. Siap ajar Tok Wan dia main facebook lagi ada la. Haha. So, takde la nampak drama sangat kan. (Kalau teringin nak tengok Aku, Dia dan Tong Sampah, boleh refer ke entry sebelum ini).

90 Hari pun best jugak sebab Azhan Rani prank Redza minhat. Lupa pulak nama watak dorang. Haha. Babak paling ingat time Megat Sharizal beli muffin pastu jual kat Redza sampai RM 50 kalau tak silap. :)

Okay lah, jangan lupa tengok Aku, Dia dan Tong Gas pulak nanti. Macam best je sebab ada Amerul Affendi dengan Nadiya Nisaa jugak. Teringat Toyu dengan Sofea Jane dalam Terbaik Dari Langit. Hehe. Harap-harap ada la semua geng Projek Disko Baldi dalam drama ni nanti walaupun sekadar menjadi cameo sahaja. :)


Skrin di 9 : Aku, Dia Dan Tong Sampah (2012)

Greetings to all (^.^)

Siapa pernah tengok drama ni? Best kan. Kalau korang pernah tengoklah. Takpun korang tengok drama ni sebab hero dia Beto Kusyairy dan heroin dia Siti Saleha. Dua-dua pun aku suka. :)

Tetiba nak throwback balik drama ni sebab sequal untuk kisah Sharnaz dan Amir ni akan ditayangkan tidak lama lagi. Lagi beberapa hari je ni (kalau korang baca entry ni sebelum 06.04.15). So far, Playgorund Production tak pernah tak best drama yang dorang bikin. Memang terbaik dari langit kesemuanya. Kalau tak percaya pergi try tengok 90 Hari dengan Migrasi.

Skrin di 9 : Aku, Dia Dan Tong Sampah (2012)

Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah telemovie yang bergenre komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Jom layan balik Aku, Dia dan Tong Sampah sementara menunggu sequal-nya iaitu Aku, Dia dan Tong Gas. Tajuk gempak betul. Haha. :)


Jom tonton selagi video ni masih available. :)


Amir menyanyi untuk Sharnaz. :)


Liyana Fizi - Jatuh (OST Aku, Dia dan Tong Sampah)