Asfan Shah - Semua Tentang Kita Ku biar saja waktu ini membalasnya Erti rindu erti mencinta Menutupi segala gelisah Kau juga sama ada rasa tentang kita Tapi hati enggan mendua Biar sengsara hati kan merana Ingin aku hapus segala Tak bisa jua melawan cinta Tuhan tolonglah aku mencintainya Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji Runtun jiwaku tulus mencintaimu Jujurlah pada hatimu Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita Benci juga rindu senantiasa merasukku Sulit untukku melafazkan Diri tanpamu tiada berdahan Tuhan tolonglah aku mencintainya Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji Runtun jiwaku tulus mencintaimu Jujurlah pada hatimu Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita Semua tentang kita Semua tentang kita
Tahniah buat Faizal Tahir kerana telah mendapat cahaya mata baru dan menghasilkan single terbaru berjudul Sayang. Jom layan :)
Faizal Tahir - Sayang Written & Produced by : Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir is an artiste under Warner Music Malaysia
Faizal Tahir - Sayang
tiada yang lebih terindah
selain kita
kau dan aku bersama
biarku sentuh dan rasa
kasih yang mesra
hanya kita yang tahu
tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu
sayang
tidur saja sayang
lupakan saja yang semalam
tidurlah mimpi indah
oh sayang
tidur saja sayang
setia disini ku menjaga
tidurlah
kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang
waktu dan usia berlalu
saksi padamu
dewasa dan sempurna
setiap air matamu
hancur hatiku
mahu kau senyum selalu
biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu
sayang
tidur saja sayang
lupakan saja yang semalam
tidurlah mimpi indah
oh sayang
tidur saja sayang
setia disini ku menjaga
tidurlah
kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang
selamanya kau bidadariku
takkan pudar senyumanmu yang pertama
selamanya tetap kau sempurna
sayang
sayang
sayang
tidur saja sayang
lupakan saja semalam
kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang sayang tidur saja sayang
Ini lagu power bilamana tiga insan seni bergabung didalam sebuah lagu. Terubat rindu pada Malique walaupun suaranya hanya berkumandang menerusi bait lirik yang dinyanyikan oleh tiga girl power ini. Yeah, Kak Fynn, Zizi dan Kaka memang terbaik.
Buat yang masih tercari-cari maksud Levitasi, nah aku copy dari instagram Kak Fynn. :) FAQ: levitasi = levitation. keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar. kerana hakikatnya di situlah kita. di antara. antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti. kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai.
Levitasi - Fynn Jamal, Zizi Kirana & Kaka Azraff
Intro (Fynn Jamal)
demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)
Verse 1 (Fynn Jamal)
lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan
biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa
Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...
Verse 2 (Kirana)
sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung
dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa
Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...
(Bridge : Puisi Fynn Jamal)
entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...
Verse 3 (Kaka)
kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan
dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang esa
Chorus
levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...
Ini berita baik buat semua pembaca novel Cinta Si Wedding Planner. CSWP akan diadapatasi ke drama bersiri yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2016 menerusi slot Akasia di TV3. Ramai yang kata novel CSWP ni best. Aku dalam proses nak cari, beli dan baca. :)
Aku excited nak tengok CSWP sebab Mira Filzah terpilih untuk menjadi heroin dalam drama ni. Mira akan digandingkan dengan Adi Putra yang memegang watak hero. Lagi la tak sabar nak tengok. Kan. Thanks Mira sebab sudi tag kita. You can do it Izara Batrisya. :)
PELAKON
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz
SINOPSIS NOVEL Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ “Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA “Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ “For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA
Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” “Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?
Sebenarnya, aku macam dah tak sabar nak tengok drama adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni. Lepas dapat tahu Shukri Yahaya memegang watak hero dalam drama ni terus aku laju-laju cari novel CCDET ni. Novel dia memang best. Asyik senyum je bila masuk part Daniel dan Puteri. Tak berapa nak cliche sangat kot jalan cerita dia. Lagi best dari Cik Bunga dan Encik Sombong walaupun kedua-dua novel tersebut hasil tulisan penulis yang sama (sekadar pendapat aku sahaja). Selalu kan kalau cerita yang berkaitan dengan Cinderella mesti heroin adalah seorang yang dibuli oleh mak tiri dan kakak tiri dia kan. Tapi dalam cerita ni heroin pulak buli kakak tiri dia. Kira macam watak Puteri adalah seorang yang berani dan tidak gentar menghadapi manusia-manusia jahat disekelilingnya. Haha. Puas hati aku baca novel macam ni. :')
Kalau korang pun jenis memilih nak baca novel, novel CCDET ni okay kot. Sebab Shukri Yahaya hero. Haha. Tahniah Shuk sebab dah nak kahwin dengan Tya. Jangan risau, aku tetap suka tengok kau berlakon. :)
*****
SINOPSIS NOVEL
Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?
Jom layan lagu terbaru dari kumpulan Hujan sempena #HUJAN10TAHUN. :)
Rasa excited sebab aku membesar dengan Hujan kot. Zaman sekolah menengah layan lagu dorang. Memang power habis. Tak sangka dah 10 tahun dorang dalam industri muzik tanah air. Dan bagi aku dorang masih sama macam dulu-dulu.
Apa-apa pun, tak kan hilang raingers di dunia kan. Moga Hujan terus gah berada dipersada seni tanah air. Bukan mudah nak sampai di tahap ini.
Masa yang kau nanti-nanti berdirilah bersama inilah waktunya Saksi tinggi rendah langit mengisi langkahmu menuju ke gelanggang Percaya, bukannya suka-suka, kitalah bahaya
Bangga yang mereka rasa kau tahu itulah kelemahan sebenar Lemah belum tentu kalah berdiam diri ku tahu kaulah pemusnah Percaya, bukannya suka-suka, kitalah bahaya
Ketepikan semua yang ada Jangan henti kita belasah saja So come on ! So come on ! So come on !
Dan pastikan mereka sedar Kita akan takluk segalanya So come on ! So come on ! So come on !
First time dengar lagu ni time BTS kat faithful music youtube channel itu hari memang terus sangkut walaupun time tu tak dengar full lagi. Memang terbaik r single kedua Aziz Harun selepas Senyum. :)
Jom layan Beautiful pulak sebab semua orang memang beautiful. (^.~)
Aziz Harun - Beautiful
Tutur dan cara mu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu
Jelita... kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya
Kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when i say
You're beautiful
Tak perlu jadi dewi remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu
Nilai dirimu
Jelita... kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya
Kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when i say
You're beautiful
Siapa tengok rancangan Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketigasetiap ahad jam 9 malam? Best kan. Banyak ilmu yang kita boleh peroleh berdasarkan tazkirah yang disampaikan oleh setiap Da'i. Lagu tema Da'i musim ni pun best. Jom layan. :)
Lebaran Kejayaan - Farid Sanullah dan Peserta Da'i Pendakwah Millenia Musim Ketiga
Demi...tanah yang bertuah Taman...cinta merdeka...aaa Kasih...di hatiku ini Untukmu...tanah pertiwi...iii Dari...utara selatan Juga...timur ke barat Turut gagah...Sabah Serawak Se...hati Sejiwa
Chorus Ku dengar janjimu Bayu Kinabalu Ku dengar sumpahmu Rejang yang membiru Bersatu denganku Tegap Titiwangsa Malaysia Sehati sejiwa
Bridge Laut luas terbentang Bukan satu halangan Untuk kita bersama Melafaz janji setia Demi mu Malaysia Cinta kasih di jiwa Tidak akan kami khianatinya
Chorus Walaupun berbeza Budaya Agama Bukanlah penghalang Kita bergandingan Marilah bersatu Sehati sejiwa Malaysia Kekal Sejahtera
Korus Iban Kadazan (Mi i so ginavo) kadazan (Kitai Dekak Mujur) iban ( mi i so ginavo)kadazan (Ngetan Ke Menua) iban (Mi i soginavo) kadazan (Nyuluk Cita Mulia) iban Malaysia Sehati Sejiwa
Lagu : Muhammad Yuri Edris Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus Penyanyi Latar : Gemersik Chorus
Terima kasih HotFM AM Krew kerana sudi menjemput kak Fynn Jamal datang konti pagi tadi untuk promosi PTJ The Album. Seriously, tak sabar nak beli album kak fynn lepas dengar lagu ni banyak kali. :)
Baiklah, entry ini untuk mereka-mereka yang mengikuti perkembangan novel dan drama adaptasi Dia Isteri Luar Biasa (DILB). Sedikit kelainan yang dibawa dalam DILB yang mula ditayangkan pada 18 mei menerusi slot akasia ini apabila hero dan heroin akan menyanyikan sebuah lagu yang akan turut dimainkan sekali dalam drama ini. Kira lagu sampingan atau secara formalnya disebut sebagai runut bunyi selain ost utamanya iaitu Potret - Akim and The Majistret.
Lagu yang diberi tajuk Tak Pernah ini merupakan sebuah lagu hasil ciptaan Amy Nawari merangkap Penolong Pengarah drama DILB. So, nak dengar versi lagu Tak Pernah yang akan dinyanyikan oleh Shukri Yahaya dan Fathia Latiff, kenalah tengok DILB. Ternanti-nanti jugak ni sebab dah episod ketiga belum keluar. Memang surprise sangat ni. Hehe. :)
Terima kasih dilbnaticsdandilbloverssebab selalu kongsi info. Follow lah instagram mereka kalau nak tahu lebih lanjut. :) Jom layan lagu Tak Pernah. p/s : lirik dan video kredit kepada Amy Nawari. :)
Tak Pernah versi Fathia Latiff dan Shukri Yahaya
(Ni dorang saja-saja nyanyi nak promo DILB). Nak versi sedap tunggu main kat drama. :)
First time dengar lagu ni kat instagram Izreen Azminda sempena Majlis Penghijrahan beliau haritu. Rupanya lagu ni tengah femes. So, aku pun dah terlayan jugak. Lagu jela layan. Penyanyi dia tak. :')
Bagus lagu ni kalau tengok balik terjemahan lirik dia. Mana tahu, akan datang ada yang nak menyanyi lagu ni dalam versi bahasa melayu. Tak pun Humood ni sendiri yang nyanyi dalam BM macam Maher Zain. :)
Lirik - Kun Anta | كلمات - كن أنت
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Liujarihim, qollat tu zhohira ma fihim
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Fabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain, hanya untuk berbangga
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu, aku akan dapat kelebihan.
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka madhohir,
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
لا لا
La la,
Tidak, tidak.
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.
لا لا
La la,
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
Oh Wo Oh (6x)
كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamala
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
Oh Wo Oh (6x)
كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamala aaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
la la la la laaa la la la laa la laa la la la la laaa
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Sungguh aku menerima mereka, tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
melainkan apa yang aku terima itu, aku telah redha.
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri, inilah aku
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
hal ini kurasakan sudah cukup, dan aku sangat pasti.
لا لا
La la,
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.
لا لا
La la,
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
Oh Wo Oh (6x)
كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamala
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
Oh Wo Oh (6x)
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum,
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku.
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Wa akunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku.
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum,
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku.
وأكون أنا، ما أهوى أنا، لن أرضى أنا برضاهم
Wa akunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biri dhohum,
Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu berpuas hati dengan keinginan mereka.
لا لا
La la,
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala,
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar.
لا لا
La la,
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
Oh Wo Oh (6x)
كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamalaaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
Oh Wo Oh (6x)
كن أنت تزدد جمالاً
Kun anta tazdad jamalaaaaa
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.
p/s : lirik credit diberikan kepada mereka yang meninggalkan ia di kotak komen youtube. :)