Greetings to all (^.^)
Pertamanya, aku mohon maaf kalau dah lama tak blogwalking ke blog kawan-kawan semua. Agak sibuk secara tiba-tiba sekarang ni. Sibuk tiba-tiba dengan sibuk sebab asyik men-delay-kan kerja. Haha. Perosak bahasa betul la aku ni kan.
Kepada yang nak cuba resipi orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni, akan aku cuba update resipinya satu persatu. Yela, asyik belanja gambar kat wordless wednesday je, mesti korang rasa macam mengelat betul kan. Haha.
Kita mulakan dengan resipi apam tepung beras yang mudah dan sedap. Memang tak tipu. First timer yang buat pun pasti akan menjadi. Tudia, poyo gila ayat. Tapi, aku serasi dengan resipi ni sebab aku lah first timer yang buat terus menjadi tu dan sampai sekarang aku duk guna resipi apam ni je. Resipi apam yang lain aku tak pandang dah. Haha. Dah kata orang kurang rajin, kalau dah dapat yang menjadi, buat apa nak di anak tiri kan yang sudah serasi. Hiperbola sungguh.
Nama asal untuk apam ni sebenarnya Apam Snow White. Aku je yang tukar nama jadi Apam Tepung Beras. Tapi sama je kan. Haha.
+++++
Resipi Asal : myresipi
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir (aku kurangkan jadi 3/4 cawan. tu pun dah manis sangat dah) hehe.
- 1 packet mauripan@ibu roti
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
- campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
+++++
Sedikit tips dari aku yang acah-acah terer ni :
selepas dah satu jam adunan tu dibiarkan, korang gaul/kacau dulu adunan tu kasi dia sebati lepas tu baru masukkan kedalam acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Kang kalo tak sapu minyak, melekat le apam dalam acuan tu ye. Haha.
Dalam resipi asal memang takde pewarna diletakkan. Tapi kalau teringin nak main kaler-kaler, boleh je. Aku selalu bubuh sirap sikit. Tu jadi kaler pink walaupun aku bukanlah peminat pink. Tapi aku suka sirap bandung yang kaler pink. Okay, takde kena mengena.
Kalau kat rumah korang takde acuan kecik-kecik tu, masuk dalam loyang pun boleh. Tapi kukus la dalam 20 minit sebab loyang kan lagi besar dari acuan kecik-kecik tu. Kang kurang masak pulak kalau ikut time dia yang asal. Macam aku, kalau tengah malas giler, memang aku masuk dalam loyang terus. Haha. Jangan tanya aku saiz loyang sebab aku tak tahu. Yang aku tahu, aku guna dua loyang yang tak berapa nak besar untuk satu adunan apam ni. So, kalau orang tak ramai, buat jela separuh adunan.
Kalau apam macam kat dalam gambar atas ni aku buat time tengah rajin sikit. Tu cantik je dalam acuan. Untuk satu adunan sebijik macam dalam resipi, aku dapat 95 ketul apam tepung beras. Haha. Banyak giler kan. Macam nak buat kenduri. Haha. Senang je aku kira sebab satu pengukus tu muat 19 biji acuan darab 5 kali round. Dapat r 95 ketul. Hoho.
Lagi satu tips, mohon guna nasik yang dah sejuk ye untuk disatukan dengan air dan diblender dengan penuh keyakinan. Takut karang dah buat tiba-tiba tak jadi pastu salahkan resipi. Padahal time korang buat, korang guna nasik panas. (T.T)
Sebarang pertanyaan, bolehlah emel aku di : hikayatseorangbudak@yahoo.com
Siap bagi emel tu. Haha. Aku takut kalau korang tanya kat kotak komen ni aku tak sempat nak reply atau lupa secara tak sengaja. Mana tahu, korang nak sangat-sangat mencuba tapi hampa kerana tiada balasan dari aku. Hehe.
Akhir kata, selamat mencuba. :)
Terima kasih kepada pengasas resipi ini sebab dah makan tahun jugak aku guna resipi ni. (^.^)
Belum pernah cuba lagi buat apam hehe...
ReplyDeletenanti nak buatlah ^^
ReplyDeleterajin seorang budak buat kuih. hehhe
ReplyDeletenmpk mcm sedap..
ReplyDeletenk buat pon senang.. nt dtg rajin blh cuba.. hihi
apam snow white pom bolehh~ :p
ReplyDeleteakak suka tapi tak rajin nak buat sebab anak2 tak makan
ReplyDeletejadi beli aje la jwbnya dik
wahhh rajinnya BUdak buat kuih .. Kak Ros tak sempat nak cuba pun lagi, padahal resepi dok ada je ni. hihihi
ReplyDeletecomel je.. hihi
ReplyDeleteAkhirnya ko bagi juga resepi tu..hehe..nanti aku nak try la..bla aku rajin sikit..hikhik :)
ReplyDeletewahh sedapnya apam..
ReplyDeletesenang..boleh dicuba ni..
ReplyDeleteNnt kene try la resepi budak ni...mcm senang je nk buat ^^
ReplyDeleteCe pos sini sebijik dua..Nampak sedap je.. :p
ReplyDeleteyay senang je bahan3 dia :D boleh buat ni :D
ReplyDeletewah, rajinnya buat apam tepung beras ye. macam best je. tapi nk wat tu malas sikit. hee
ReplyDeletewah, bestnya..budak dah share resepi apam ni..insyaallah kalau ada kerajinan nak juga kak wana buat nanti
ReplyDeletetapi kalau akak malas, budak ja la tolong buatkan boleh??? :D
ReplyDeletefirst timer dan yang penting kena rajin.. kalo malas x jadi gak =P ahaha..
ReplyDeletePerghh..ko jd la bt kuih ni ek? Klo aku bab kek ke kuih slalu xjd.. Huhu :(
ReplyDeletenice...
ReplyDeleteko buat apam ni ke budakk???
ReplyDeleteahahahhaah siyes aku mmg suke apam beras nie
tapi xberani plak nak try buat
macam tak menjadi je kalau aku buat kan
nampak macam mudah je.. nanti nak cubalah, entahkan jadi entahkan tidak :P
ReplyDeletePanduan resepi yang lengkap dan mudah, thanks for sharing
ReplyDeleteyummy....sedap jer rupa
ReplyDeleteDh byk kaliii hakak buat guna resepi ni. Mudah dan senang igt. So klu dah menjadi dgn resepi ni, mmg hakak x tukar2 dah resepi lain.
ReplyDeleteTq naa ☺