Pages

February 15, 2015

Ajarkan Aku : Amir Jahari feat. Aziz Harun

Greetings to all (^.^)

Okay, entry lagu lagi. Haha. Biasalah, life aku boring kot. So, sembang lagu lagi best.

Lagu Ajarkan Aku yang dinyanyikan oleh Amir Jahari dan Aziz harun ni dah agak lama dah sebenarnya. Okay, mohon jangan komen tak pernah dengar kat radio sebab memang lagu ni aku pun tak pernah dengar kat radio. Haha.

Mula-mula aku dengar lagu ni pun kat cerita Abang Zen dengan Indah. Ala, drama Kerana Terpaksa Aku Relakan tu. Haha. Aku terlayan drama tu sebab OST dia best-best. Ada Nastia BandFynn Jamal, dan Amir Jahari. Kesemuanya aku suka. :)

Tetiba nak up entry ni sebab pagi tadi time tunggu nasi lemak bungkus kat kedai tu siap, saja scroll lagu-lagu dalam phone. Pastu ternampak lagu ni dan "Eh, baru perasan Aziz Harun yang nyanyi dengan Amir Jahari dalam lagu ni. Hoho." Maklum la, banyak sangat lagu dalam phone. Lulz.

Kepada yang tak kenal lagi siapa Aziz Harun, dia adalah seorang artis youtube yang berasal dari Brunei. Bukan Malaysia, Singapura atau Indonesia. Sekarang ni dia sedang popular dengan lagu yang bertajuk Senyum. Dia juga adalah seorang artis dibawah naungan Faithful Music dan Warner Music Malaysia.

+++++


Okay, sembang pasal lagu pulak. Aku suka lagu Ajarkan Aku sebab lirik dia. Macam biasa, lirik yang ditulis oleh Amir Jahari pasti ada maksud tersurat dan tersiratnya yang tersendiri. Tak percaya? Try dengar lagu Aku Juga Manusia. Pun lirik dia best.

Apa yang aku faham, lirik lagu ini berkisar tentang seorang manusia yang kerdil disisi Tuhan dan kepada Tuhan juga dia meminta segala. Namun, manusia itu masih mencari apa maksud sebenar cinta dan sayang. Lalu memohon kepada Tuhan agar diberi peluang untuk berubah.

Kita belum cukup faham erti cinta sebenar andai cinta kita pada dunia lebih banyak daripada cinta akhirat. Tak salah cinta dunia tapi faham dulu erti cinta dunia yang sepatutnya. Dunia ditangan, akhirat dihati. Okay, untuk peringatan aku sendiri.

Kita belum cukup faham erti sayang kalau kita lagi sayang nak tinggal apa yang kita tengah hadap sekarang daripada seruan lima waktu sembahyang. (T.T) Ini semua tuju pada diri aku sendiri.

Lebih kurang macam tu la apa yang aku faham dari sudut pandangan aku. Korang aku tak tahu. Tapi, sekurang-kurangnya fahami lirik. Jangan terus hanyut atau lalai dengan lirik. Ambil apa yang boleh ambil dan mana yang macam lagho tu, elak-elak la sikit. Huhu. Okay, dah zohor, chow dulu. :')


 Ajarkan Aku

Aku hanya manusia biasa
Aku hanya manusia yang hina
Bukan aku yang mengubah semua
Ternyata Kau memegang segalanya

Dia yang Maha Kuasa
Dia umpama segala-galanya
Masih aku tidak mengerti
Apa itu dunia sejati

Chorus:
Ajarkan aku apa erti cinta
Ajarkan aku apa erti sayang
Bukakan hatiku yang penuh debu
Bersihkan semua yang aku rasa

Bukakan hatiku yang penuh debu
Bersihkan semua yang aku rasa

15 comments:

  1. Tiba tiba ingat kt abg anuar zin. Maklumla tajuk lagu hampir sama. Lagu ajari aku.

    Lagu dlm ost drama tu pun akk suka sbb mmg dok follow drama tu sbb ada abg zen ^^

    ReplyDelete
  2. i like amir jahari.. i like aziz harun.. hehehe.. amir jahari memang berbakar.. :)

    ReplyDelete
  3. kak wana jarang dapat layan drama melayu sebab kekadang timing tak ngam ngan masa lapang akak..huhu..

    ReplyDelete
  4. best dan ada makna yg tersirat :)

    ReplyDelete
  5. tengok drama melayu tu. amir jahari ni yang bekas pelajar af tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ya. dulu dia busker jugak pastu masuk af :)

      Delete
  6. Drama KTAR memang best :)

    ReplyDelete
  7. Zumal suka gak lagu ajarkan aku nie... memang best ^-^

    ReplyDelete
  8. Ohh dlm drama. KTAR xperasan pulak. Hehhe

    ReplyDelete
  9. ala..saya tak boleh buka. dia kata a plugin is needed to display this content T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena install plugin la kot. hehe. laptop lepas kena format memang macam tu kot. :)

      Delete
  10. Sama macam kaksue... teringat anuar zain plak... hahaha

    ReplyDelete
  11. Anonymous25/2/15 02:50

    hihi okay da dengar jugak kat utube..
    ehehe kenot go =P Budak share lagi banyak2 lagu2 cemni
    nnt yang mana best CT layan la ehehe

    ReplyDelete